Pages

20111220

KISAH NERAKA: RAMAINYA WANITA DI NERAKA

Hannad menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'masy dari Abu Wa'il dari 'Amr bin Al-Harits bin Al-Musthaliq dari keponakan Zainab isteri 'Abdullah dari Zainab isteri 'Abdullah dimana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. memberi khutbah kepada kami dimana beliau bersabda: "Wahai kelompok kaum wanita, berzakatlah meskipun dari perhiasanmu kerana sesungguhnya kamu merupakan majoriti penghuni neraka nanti pada hari Kiamat."


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1, Hadis No 2630

KISAH NERAKA: SIKSAAN KERANA MENYIKSA BINATANG

Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah swt. memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4, Hadis No 2097

KISAH NERAKA: PERTANYAAN TENTANG NIKMAT DUNIA

Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di akhirat, penduduk neraka yang hidup serba nikmat di dunia, dia akan dibenamkan ke dalam api kemudian di tanya, "Hai anak Adam! Adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan!" Kemudian dihadapkan pula penduduk syurga yang hidup di dunia serba susah. Dia dimasukkan ke syurga kemudian ditanya, "Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai kesusahan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan! Aku tidak mengalami sengsara dan tidak merasa susah." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2402).


Hadis Sahih Muslim Jilid 4, Hadis No 2402

KISAH NERAKA: TEBALNYA KULIT, BESARNYA GIGI DAN TEMPAT DUDUK

Maksudnya :Al-Abbas bin Muhammad Ad Duri menceritakan kepada kami, Ubaidillah bin Musa memberitahukan kepada kami, Syaiban memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda :"Tebalnya kulit orang kafir itu empat puluh dua hasta, sesungguhnya giginya seperti gunung Uhud dan sesungguhnya tempat duduknya di neraka sepanjang antara Mekah dan Madinah" .Hadis ini adalah hadis hasan gharib sahih dari hadis Al A'masy. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2706).

KISAH NERAKA:

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2578.
Maksudnya : Muhammad bin Ahmad menceritakan kepada kami, dia adalah putra Madduwaih, Al-Qasim bin Al-Hakam Al Urani memberitahukan kepada kami, Ubaidullahbin Al-Walid Al-Washshafi memberitahukan kepada kami dari Athiyyah dari Abu Sa'id berkata :"Rasulullah SAW masuk ke musolla, beliau melihat orang orang seolah-olah tertawa-tawa, lalu beliau bersabda : "Ingatlah sesungguhnya seandainya kamu memperbanyak ingat kepada penghancur kenikmatan tentu ingat itu menyibukkan kamu dari apa yang aku lihat. Perbanyaklah ingat kepada penghancur kenikmatan iaitu kematian, kerana tidaklah suatu hari datang atas kuburan melainkan kuburan itu berbicara. Lalu ia berkata :"Aku rumah pengasingan, aku rumah penyendirian, aku rumah tanah dan aku rumat ulat". Apabila seorang mukmin dimakamkan, maka kuburan berkata kepadanya :"Selamat datang. Ingatlah sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku cintai diantara orang yang berjalan dipunggung ku maka saat aku telah menguasai mu pada hari ini dan kamu kembali kepada ku, kamu akan melihat balasan ku terhadapmu". Kemudian kuburan menjadi luas baginya seluas pandangan matanya dan dibuka baginya pintu menuju syurga. Apabila seorang yang jahat atau yang kafir dimakamkan, maka kuburan berkata kepadanya :"Tidak selamat datang. Ingatlah sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku benci di antara orang yang berjalan di punggung ku, maka saat aku menguasai mu hari ini dan kamu kembali kepada ku, maka kamu akan melihat balasan ku terhadap mu". Beliau bersabda :"Lalu kuburan itu merapatkan diri sehingga ia menjumpainya dalam keadaan berantakan tulang rusuknya". Rawi hadis berkata :"Rasulullah SAW memberi isyarat dengan jari jari beliau lalu memasukkan sebahagian jari kelubang jari yang lain, sambil bersabda :"Dan didatangkan kepadanya tujuh puluh ular besar, seandainya satu ular tersebut meniup di bumi, nescaya bumi tidak menumbuhkan selama dunia masih ada. Lalu ular itu menggigitnya dan melukainya dengan sebenar-benarnya sehingga sampai perhitungan amal". Rawi berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya kuburan itu taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka". Hadis ini adalah hadis gharib yang tidak aku ketahuinya kecuali dari sanad ini.