Pages

20130830

ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM


  • Allah adalah nama kepada Zat yang Maha Agong.
  • Diistilahkan 99 nama, Dialah zat yang Maha Rahman, Dialah zat yang Maha Rahim.
  • Dialah Allah yang Maha Berkuasa, selain drpd Allah adalah makhluk.
  • Allah swt, Dialah yang Maha Mencipta, Dialah Raja keatas seluruh alam ini.
  • Dialah Allah zat yang Maha Bijaksana, yang Maha Alim, yang Maha Halus, yang Maha Mendengar, yang Maha Mengetahui, yang Maha Mengatur.
  • Tiada yang boleh Maha Mengatur melain Allah swt, tiada yang Maha Mengetahui selain drpd Allah swt.
  • Dialah zat yang Maha Agong yang mencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Dialah Allah yang menerbitkan matahari disebelah timur dan menenggelamkannya disebelah barat.
  • Dialah Allah yang menurunkan hujan dari langit.
  • Dialah Allah yang membentangkan bumi dihadapan kamu.
  • Dialah Allah yang menciptakan sungai yang berliku-liku.

20130819

BIDADARI



Hannad menceritakan kepada kami, Abul-Ahwash memberitahukan kepada kami dari Atha' bin As Saib dari Amr bin Maimun dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW seperti hadis Abdullah bin Abdur Rahman. Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya wanita ahli syurga dapat dilihat betis kakinya yang putih dari balik tujuh puluh pakaian hingga nampak otaknya. 
Demikian itu kerana Allah telah berfirman : "Seolah-olah mereka (bidadari) itu yaqut dan marjan". 
Ada pun yaqut adalah batu yang seandainya kamu masukkan benang di dalamnya kemudian kamu bersihkan nescaya kamu melihatnya dari baliknya.

(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2655).

 ******************************************************************


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. 
(Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. 
Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. 
Tidak membuang hingus dan tidak meludah. 
Sisir/sikat mereka dari emas dan keringat mereka kasturi. 
Pedupaan mereka kayu gaharu yang harus. 
Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. 
Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta."

(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2425).

 ******************************************************************


Mewartakan kepada kami Harmalah bin Yahya; mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Wahb; mewartakan kepadaku Sa'id bin Abu Ayyub, dari Abu Marhum, dari Sahl bin Mu'adz bin Anas, dari ayahnya, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Barangsiapa yang menahan kemarahan, padahal dia mampu untuk melepaskannya, kelak pada hari kiamat nanti, Allah akan memanggilnya di atas kepala para makhluk, dan menyuruhnya memilih bidadari mana saja yang disukainya"

(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4186).

 ******************************************************************


Al Hasan bin Arafah menceritakan kepada kami, Ismail bin Ayyas memberitahukan kepada kami, dari Bahir bin Saad dari Khalid bin Ma'dan dari Katsir bin Murrah Al Khadzarami dari Muadz bin Jabal dari Nabi saw bersabda: 

"Tidak ada perempuan yang menyakiti suaminya di dunia kecuali isteri bidadarinya (di Syurga) berkata: "Janganlah engkau menyakitinya, semoga Allah membalasmu, kerana sesungguhnya dia di sampingmu adalah sebagai tamu, yang sebentar lagi akan berpisah darimu dan akan datang kepada ku." 

Hadis ini gharib, saya tidak mengetahui hadis ini kecuali dari sanad ini. 
Dan riwayat Ismail bin Ayyas dari As Syamiyin lebih tepat, dia dari penduduk Hijaz, ahli Iraq ada kemungkaran.


(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1183).


 ******************************************************************

Abu Ammar bin Al-Husain bin Harits Al-Khuzain Al Marwazi menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami dari Musa bin Ubaidah dari Yazid bin Aban dari Anas berkata: 

Rasulullah SAW. bersabda mengenai firman Allah: (Sesungguhnya Kami menciptakan bidadari-bidadari dalam bentuk yang indah). (AI-Waqi'ah: 35). 

Beliau bersabda: "Sesungguhnya wanita-wanita yang diciptakan seindah-indahnya adalah mereka. 

Yang berada didunia tua bangka, kabur matanya, bertahi matanya." 

Hadis ini adalah gharib. kami tidak mengetahuinya sebagai hadis marfu' selain dari itu hadis Musa-bin Ubaidah dan Yazid bin Aban Ar Raqatsi adalah dianggap lemah dalam meriwayatkan hadis.

(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3350).