Dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia.
Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga.
Demi Allah Yang diri Muhammad di tanganNya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada tempatnya di dunia."
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1167).
*****************************************************
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda:
"Keluar satu kaum dari neraka, sedang kulit mereka telah hitam kerananya.
Mereka masuk ke dalam syurga, sedang isi syurga menamakan mereka "Orang-orang dari jahannam."
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1761).
*****************************************************
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi saw. sabdanya:
"Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga, dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman : Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"
Lalu mereka dikeluarkan dari neraka, (tetapi) tubuh mereka hitam bagaikan arang.
Kerana itu mereka dilemparkan ke dalam sungai Haya' atau Hayat.
Imam Malik ragu antara Haya' atau Hayat.
Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh sesudah banjir.
Tidakkah engkau lihat benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat".
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0017).
*****************************************************
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Setelah isi syurga masuk ke dalam syurga dan isi neraka masuk ke dalam neraka, Tuhan berfirman: "Siapa yang ada keimanan dalam hatinya buang seberat biji sawi, hendaklah kamu keluarkan dari neraka."
Lalu mereka dikeluarkan, sedang kulitnya telah terbakar menjadi bara.
Kemudian mereka dijatuhkan ke dalam sungai kehidupan, maka bertumbuhlah mereka sebagai tumbuhnya bibit di atas sampah banjir.
Nabi saw. berkata: "Bukankah sudah kamu lihat, tumbuhnya kuning dan bengkok?"
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1762).
*****************************************************
Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda:
"Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, berdirilah orang yang memberikan pengumuman kepada mereka, mengucapkan: "Hai penghuni neraka! Tidak ada lagi kematian!
Hai penghuni syurga! Tidak ada lagi kematian. Kekal selamanya!"
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1754).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.