Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah
melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan ia pula memeteraikan atas
hati kamu? siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada
kamu?" lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda
kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga
berpaling - ingkar. (Al-An'aam 6:46)
dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (Wahai Muhammad) tujuh ayat yang
diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan
faedahnya. (Al-Hijr 15:87)
dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam
Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan
iktibar); Dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari
kekufuran. (Al-Israa' 17:89)
dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah
di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta
bersyukur); Dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku
kufur. (Al-Furqaan 25:50)
lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatanNya (dan lebih kejam
serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam
Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang
telah lalu. (Az-Zukhruf 43:8)
********************************
Menjadi Sunnatullah dan Sunnah Nabi saw mendakwahkan perkara yang sama berulang-ulang kali. Kita sebagai hamba Allah juga hendaklah mendakwahkan perkara agama berulang-ulang kali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.