Pages

20131028

PERMINTAAN AHLI SYURGA TERHADAP SYURGA KEPADA TUHAN MEREKA DAN SEBALIKNYA



Pada hari Akhirat, hamba Allah beriman meminta kepada Allah dan malaikat meminta keampunan bagi mereka.
Syurga meminta penghuninya dan penghuni syurga meminta syurga dari Allah.
Para malaikat meminta syurga untuk mereka dan pada nabi dan rasul meminta syurga bagi umatnya.
Allah meminta manusia berdiri dihadapanNya.
Ketika itu para rasul meminta syafaat bagi umatnya.
Ini adalah kemuncak kesempurnaan kekuasaan Allah, rahmatNya, kedermawaanNya, kemuliaanNya, keadilanNya.

Abu Nu'aim Al-Fadhl berkata bahawa telah berkata kepada kami Yunus iaitu Ibnu Abu Ishaq yang berkata bahawa telah berkata kepada kami yazid bin Abu martsid yang berkata bahawa Anas bin Malik ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda, "Tiada seorang Muslim meminta kepada Allah hingga tiga kali melainkan syurga berkata, "Ya Allah, masukkan orang tersebut ke dalam syurga.: Barangsiapa meminta perlindungan kepada Allah dari nekara hingga tiga kali, maka neraka berkata, "Ya Allah,lindungilah orang tersebut dari neraka." (HR Tirmizi, Nasai, Ibnu majah dari Hanad bin As-Suri dari Abul Ahwash dari Abu Ishaq dari yazid dan seterusnya)

Abu Ya'la Al-Maushil berkata bahawa telah berkata kepada kami Abu Khutsaimah Zuhair bin Harb yang berkata bahawa telah berkata kepada kami Jarir dari Yunus dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tiada seorang hamba meminta perlindungan dari neraka hingga sebanyak 7 kali melainkan neraka berkata, "Sesungguhnya hambaMu si fulan meminta perlindungan daripadaku, maka lindungilah ia dariku. Dan tiadalah seorang hamba meminta syurga hingga sebanyak 7 kali melainkan syurga berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu si fulan memintaku, maka masukkanlah ia kepadaku." (HR Bukhari, Muslim)

Sumber: Tamasya Ke Syurga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.