Pages

20131018

PINTU SYURGA



Hamad bin Samad yang berkata bahawa saya pernah mendengar Al-Jariri yang belajar hadis kepada Hakim bin Muawiyah dari ayahnya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Kalian adalah penyempurna tujuh puluh umat. Kalian adalah umat yang terbaik dan termulia disisi Allah. jarak di antara dua daun pintu syurga adalah empat puluh tahun. Pada suatu hari, ia penuh sesak." (HR Ahmad)

Walid bin Muslim meriwayatkan dari Khalid dari Hasan tentang firman Allah, "Terbuka bagi mereka pintu-pintu." (Shaad: 50)

Beliau berkata bahawa, "Bahawa pintu-pintu boleh dilihat." Disebut juga Khalid bin Qatadah yang berkata, "Pintu-pintu syurga, bahagian luarnya boleh dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya boleh dilihat dari luar. Ia boleh berbicara dan kalian boleh berbicara dengannya. Ia faham apa sahaja yang diucapkan kepadanya, "Bukalah dan tutuplah."

Abu Shaikh berkata bahawa telah berkata kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Qaisi yang berkata bahawa telah berkata kepada kami Muhammad bin Ishak yang berkata bahawa telah berkata kepada kami Ahmad bin Abul Hawari yang berkata bahawa telah berkata kepada kami Abdullah bin Ghayyats dari Al-Fazari yang berkata, "Setiap orang mukmin disyurga mempunyai empat pintu. pintu pertama untuk laluan tamu-tamunya iaitu para malaikat. pintu kedua untuk laluan isteri-isterinya. pintu ketiga ditutup antara dirinya dengan penghuni neraka dan ia bebas membukanya bila dia mahu untuk melihat penghuni neraka agar dia merasa agungnya nikmat yang diterimanya. pintu keempat terletak antara dia dengan Darus-Salam dan ia masuk dari pintu tersebut kalau ia ingin bertemu dengan Tuhannya."

Suhail bin Abu Shalih meriwayatkan dari Zayyad An-Namiri dari Anas bin Malik ra yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Saya adalah orang yang pertama kali memegang rantai pintu syurga dan tidak ada lagi kebanggaan melebihi hal ini."

Suhail meriwayatkan dari ayahnya dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw yang bersabda, "Aku memegang rantai pintu syurga dan diberi izin untuknya." (HR Abu Nu'aim)

Ali bin Abu Thalid ra berkata, "Barangsiapa mengucapkan 'La ilaha Illallah Malikul Haqqul Mubin (Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Raja Yang Maha Benar dan Maha Penerang) dalm setiap hari sebanyak seratus kali, maka ia aman dari kemiskinan dan kengerian di alam kubur. Denganya ia kaya dan mengetuk pintu syurga."

Sumber: Tamasya Ke Syurga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.