Pages

20140222

JANGGUT

Mewartakan kepada kami Isma'il bin 'Abdullah Ar-Riqqiy; mewartakan kepada kami Muhammad bin Rabi'ah Al-Kilabiy mewartakan kepada kami Washil bin As-Sa-ib Ar-Raqasyiy, dari Abu Saurah, dari Abu Ayyub Al-Anshariy, dia berkata: 'Aku melihat Nabi Saw. berwuduk, dan mensela-selai janggutnya." Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini daif, kerana kesepakatan mereka atas daifnya Abu Saurah dan Wahil Ar-Raqasyiy. (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0433).

Dari Anas bin Malik R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. apabila berwuduk, beliau mengambil sesauk air dengan tapak tangannya, lalu dimasukkannya di bahagian bawah dagu, kemudian disisirkannya kepada janggut beliau dan bersabda: "Begitulah Tuhanku S.W.T. memerintahkan kepada aku!" (Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0132).

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata: "Potonglah kumis dan panjangkanlah janggut!" (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1684).

Dari Abi Mamar r.a., katanya: Kami bertanya kepada Khabbab, "Adakah Nabi saw. membaca (ayat) dalam solat Zohor dan Asar?" Jawabnya, "Ada!" Tanya ku, "Bagaimana kamu dapat mengetahuinya?" Jawabnya, "Dari gerakan janggutnya. " (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0414).

Dari Anas bin Malik r.a.. "Makruh seorang lelaki mencabut rambut putih di kepala dan di janggutnya." Katanya. "Sedangkan Rasulullah saw. ada rambut putih di bawah bibir beliau sebelah bawah, dan antara mata dengan telinga, dan yang tumbuh jarang di kepalanya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2162).

Dari Ibnu Sirin r.a. katanya: "Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a., "Adakah Rasulullah saw. mencelup rambut beliau?" Jawab Anas, "Beliau tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya tampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin, "Aku bertanya pula kepadanya. adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas," Ada, dengan inai." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2161).

Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menyamai orang-orang musyrik, potonglah mesaimu, dan rawatlah janggut." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0204).

Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Yahudi dan Nasrani tiada mencelup (rambut, kumis dan janggut), maka hendaklah kamu berbeza dari mereka". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1509).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Potonglah misai dan rawatlah janggut, jangan menyamai orang Majusi." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0205).

aksudnya : "Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik memberitahukan kepada ku dari Abu Bakar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar; Sesungguhnya Rasulullah SAW perintah untuk mencukur kumis(misai) dan membiarkan janggut". Hadis ini hasan sahih. Abu Bakar bin Nafi' dia hamba sahaya Ibnu Umar, adalah dapat dipercaya Umar bin Nafi' dan Abdullah bin Nafi' hamba sahaya Ibnu Umar dianggap lemah. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2914).

Abu Said AI-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid Al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata: Salma menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummi Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: "Apa yang membuat kamu menangis?" dia berkata: "Aku bermimpi melihat Rasulullah saw sedangkan diatas kepala dan janggut beliau terdapat debu lalu aku bertanya: "Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husain". Hadis ini adalah gharib. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3860).

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. hendak melakukan ihram, beliau memakai harum-haruman terbaik yang ada pada kami, sehingga kelihatan olehku kemilau minyak di rambut dan janggut beliau sesudah itu." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1158).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.