Ibnu Wahab berkata bahawa berkata kami Amr
bin Harits bahawa Diraj Abu Samah berkata kepadanya dari Abu Haitsam dari Abu
Said Al-Khudri ra yang berkata bahawa seorang laki-laki berkata, "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan
thuba'? Sabda Rasulullah saw, Thuba
adalah pohon di syurga. Ukruannya sepanjang perjalanan selama seribu tahun.
Pakaian penghuni syurga dibuat dari kelopak bunganya."
Ibnu Mubarak berkata bahawa berkata kepada
kami Sufyan dari hammad dari Saad bin Jubair dari Ibnu Abbas ra yang berkata, "Batang kurma disyurga adalah batu
permata zamrud yang berwarna biru. Timba
syurga adalah emas yang bewarna merah. Pelepah
kurma syurga adalah baju syurga. Buah-buahan
syurga adalah seperti anggur. Ia lebih putih daripada susu. Rasanya lebih manis
daripada madu, lebih lembut daripada mentega dan di dalamnya tidak terdapat
bijinya."
Imam Ahmad bin Ali berkata bahawa berkata
kepada kami Bahr yang berkata kepada kami Hisyam bin Yusuf yang berkata bahawa
berkata kepada kami ma'mar dari yahya bin Abu katsir dari Amir bin Zaid Al-Kali
bahawa ia mendengar Utbah bin Abdussulami ra berkata, "Seorang laki-laki badwi datang menghadap Rasulullah saw
menanyakan seputar (mengenai/sekitar) kolam di syurga. Rasulullah saw melayaninya dengan menjawab semua pertanyaannya. Kata
orang badwi, "Apakah disyurga terdapat buah-buahan? Sabda Rasulullah saw,
"Betul, disyurga terdapat pohon yang bernama thuba'. Kata orang badwi,
"Kalau boleh, tolong hal tersebut dijelaskan kepadaku kerana aku tidak
tahu pohon tersebut. Apakah di dunia ini ada pohon yang mirip dengannya?"
Sabda Rasulullah saw, "Pohon tersebut tidak mirip dengan pohon apa pun
termasuk pohon di daerah Syam yang bernama al-jauzah. Pohon thuba berdiri di
atas satu batang dan ranting-rantingnya membentang. Orang badwi bertanya,
"Sebesar apa batangnya?" Sabda Rasulullah saw, "Seandainya unta
keluargamu berjalan mengelilingi batang tersebut, maka tidak sanggup dan
menjadi tua. Di syurga juga ada anggur." Kata orang badwi, "Sebesar
apa tandanya?" Jawab Rasulullah saw, "Sepanjang perjalanan burung
hantu yang tidak hinggap dan tidak penat terbang selama sebulan penuh."
Kata orang badwi, "Kemudian bijinya sebesar apa?" Jawab Rasulullah
saw, "Apakah ayahmu pernah menyembelih kambing paling besar yang
dimilikinya?" Jawab orang badwi, "Ya, pernah." Kata Rasulullah
saw, Apakah setelah itu ayahmu mengulitinya (melapah kulit) dan memberi daging
kepada ibumu dan berkata kepadanya, "Tolong buatkan timba dari kulit
kambing ini?" Kata orang badwi, "Wah! pasti biji tersebut mengenyangkan
aku dan keluargaku!" Kata Rasulullah saw, "Ya, ia juga cukup untuk
seluruh keluargamu."
Abdullah bin Mubarak berkata bahawa berkata kepada
kami Ibnu Uyainah dari Ibnu Najih dari Mujahid yang berkata, "Bumi syurga adalah daripada emas.
Tanahnya harum seperti kasturi. Akar pohonnya adalah emas. Dedaunan dan ranting
pohonnya adalah mutiara lu'lu, zabarjad dan yakud. Dedaunan dan buah-buahan
berada dibawah itu semua. Barang siapa makan sambil berdiri, maka itu tidak
merbahayakan dirinya. Barang siapa makan sambil duduk, maka itu tidak
merbahayakan dirinya. Barang siapa makan sambil berbaring, maka itu tidak
merbahayakan dirinya. Buah-buahannya direndahkan ke bumi serendah-rendahnya
sehingga mudah dipetik."
Sumber: Tamasya ke Syurga
Sumber: Tamasya ke Syurga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.