Pakar tafsir berpendapat bahawa pohon
tersebut adalah pohon pisang. Mujahid berkata, "Mereka terbuat dengan pisang kampung dan personanya."
Kelompok lain beranggapan bahawa
Ath-Thalhu adalah pohon yang besar dan tinggi. Ia hidup di padang pasir dan
banyak durinya. Pohon tersebut bercahaya, harum dan
rendang. Ia dilengkapi dengan buah-buahan dan dedaun dari bawah hingga atasnya.
batangnya menyempal. Masruq berkata, "Dedaun syurga tersusun rapi dari bawah hingga atas. Sungai-sungai
mengalir tanpa melewati aliran sungai."
Imam Ahmad berkata bahawa berkata bahawa
berkata kepada kami Abdurrahman bin Mahdi yang berkata bahawa berkata kepada
kami Syu'bah dari Abu Dhahak yang berkata bahawa aku mendengar rasulullah saw
bersabda, "Sesungguhnya disyurga,
terdapat 1 pohon. Penunggang kuda berjalan dibawah naungannya selama 70 atau
100 tahun. Pohon tersebut adalah pohon di Jannatul Khuldi (Sungai Abadi)".
Waki' berkata bahawa berkata kepada kami
Ismail bin Abu Khalid dari Zayyad bekas budak bani makhzum dari Zuhri dari Abu
Hurairah ra yang berkata, "Sesungguhnya
disyurga terdapat 1 pohon. Penunggang kuda berjalan dibawah lindungannya
selama 100 tahun. Kalau kalian mahu, bacalah ayat,
"wazillin
mamdud".
Hal ini terdengar oleh Kaab. Kata beliau, "Abu Hurairah tidak salah. Demi zat
yang menruunkan kitab taurat kepada nabi Musa dan Al-Furqan kepada Muhammad
saw, kalau ada orang mengendarai haiwan kemudian mengelilingi pohon tersebut
selama 100 tahun, maka tidak tuntas (wajar) sampai ia tua. Sesungguhnya Allah
sendiri yang menanam pohon tersebut dengan TanganNya dan meniupkannya. Pohon
tersebut berasal dari belakang tembok syurga. Sungai disyurga memancar dari
batang pohon tersebut."
Kata Ibnu Abbas, "Ia adalah pohon disyurga. batangnya sebesar perjalanan
penunggang kuda dibawah naungannya 100 tahun disetiap sudutnya. Penghuni syurga
dan penghuni ghuraf berdatangan menuju pohon tersebut untuk ngobrol (berbual)
sesama mereka dibawah naungan pohon tersebut." Kata Ibnu Abbas lebih
lanjut. Sebahagian antara mereka kangen (rindu) terhadap hiburan di dunia. lalu
Allah mengutuskan angin yang menggerak-gerakkan pohon tersebut kemudian pohon
tersebut memberikan semua hiburan yang pernah ada di dunia."
Dalam jami' Tirmizi disebutkan hadis dari
Abu Hamid dari Abu Hurairah ra yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tidak
ada satu pohon pun disyurga, kecuali batangnya dari emas." (HR Tirmizi
dan menurutnya hadis di atas hadis hasan).
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah
saw bersabda,
"Allah berfirman, "Aku telah menyiapkan bagi
hamba-hambaKu yang soleh, apa yang tidak pernah dilihat mata, didengar telinga
dan terlintas dalam hati manusia." Sabda Rasulullah saw, "Bacalah ayat berikut jika kalian mahu,
(Seorang pun tidak
mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam
kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang
mereka telah kerjakan).
Disyurga
terdapat satu pohon di mana penunggang kuda berjalan dibawah naungannya selama
100 tahun, namun tidak dapat menjangkaunya. Kalau kalian mahu, bacalah ayat,
(Dan naungan yang terbentang luas).
Muara
air disyurga itu lebih baik dari bumi dan seisinya. Kalau kalian tidak keberatan,
bacalah ayat, (Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga, maka sungguh ia telah beruntung." (Hadis yang sama dengan redaksi
bahasa yang sama juga diriwayatkan Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu majah. namun
permulaannya adal dalam Shahih Bukhari dan Muslim).
Sumber: Tamasya ke Syurga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.