Pages

20140113

Beberapa Istilah Dalam Usaha Dakwah dan Tabligh



Beberapa istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh.? Sumber nukilan oleh Ustaz Muhammad Qosim At-Timori di buku bersaiz poket, ‘Panduan Khuruj Fi Sabilillah‘ dalam bahasa Indonesia daripada tajuk asalnya Lampiran: Kamus beberapa Istilah dalam Jamaah Tabligh.

Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza. Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti ‘bayan’ disebut sebagai ‘perbincangan/ muzakarah iman dan amal’, ‘karkun’ kepada ‘rakan seusaha’, ‘rahaba’ kepada ‘penunjuk jalan’.
Istilah yang dinyatakan;

Amir
Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai diktator.

Bayan
Mejelis Penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan.
(a)         Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah.
(b)            Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw.
(c)             Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan mendekati Allah.
(d)            Ikramul Muslimin, yaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.
(e)             Memperbaiki niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain.
(f)              Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.

Bayan Hidayah
Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).

Bayan Wafsi
Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)

Buzruq
Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kepahaman cukup luas di bidang usaha tabligh.

Cillah
Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahli-ahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman, amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)

Dzihin
Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.

Ghast
Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)

Hadhatji/ Hadratji
Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh dunia.

Halaqah
Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) >?Markas Negara?>Sub Markas?(markas-markas dalam negara) > Halaqah > Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman perumahan.)

I’tikaf
Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.

Ijtima
Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah. ( *Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)

Ijtima’i
Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima’i ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)

Ikhtilat dan tafakud
Memilih dan mempertemukan mereka yang layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di jalan Allah.

Ikram
Memuliakan.

Infiradi
Usaha secara perorangan. (*aktiviti/ amalan individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima’i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)

Intizam
Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima’ dan sebagainya.)

Islah
Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta’lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.

Israf
Berlebihan.

Istiqbal
Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar seperti ijtima’, akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja pendataan ijtima’. Selain itu, di tiap markas negara juga ada jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar masuk ke markas.)

Jamaah
Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan maksud serta usaha yang sama pula.

Jaulah
Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)

Jazbah
Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.

Jord
Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding dengan ijtima’, sama ada peringkat markas, negeri atau wilayah.)

Josh
Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.

Kalamullah
Firman Allah.

Karkun
Rakan-rakan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai ‘saathi’ manakala di Yaman, ‘shahibuddakwah’. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)

Khadim
Orang yang bertugas melayani.

Khidmat
Pelayanan atau melayani.

Khuruj Fi Sabilillah
Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.

Korban
Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan tercapai.

Mahabbah
Kecintaan.

Maqami
Kerja dakwah di tempat sendiri.

Markas atau Subguzari
Tempat perhimpunan atau tempat pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai malam Subguzari.

Mohalla
Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.

Mu’amalah
Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau perniagaan.

Mua’syarah
Hubungan dalam pergaulan sosial.

Mudzakarah
Saling mengingatkan.

Mujahadah
Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.

Musaffah
Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah, musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di jalan Allah.

Mutakallim
Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).

Purdah
Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.

Rahaba
Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.

Routes
Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4 bulan negara jauh akan ke Germany.)

Ta’lim
Mengajar atau mempelajari.

Takazah
Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). 
Contohnya, 

  1. Jord pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan sama ada khidmat minuman, makanan dan pembersihan. 
  2. Target ijtima’ mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima’. 
  3. 7 jemaah dari Arab akan tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/ pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)


Taqrir
Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam) Ijtima’ markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.

Targhib
Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/ dorongan untuk membangkitkan rasa suka.

Tarhib
Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.

Tasykil
Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.

Tawajjuh
Memusatkan perhatian kepada sesuatu.

Tilawah
Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam membaca Al- Quran.

Ushul-Ushul
(atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib jama’ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha tabligh. (*boleh lihat di Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh.)

Zon
Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh. Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.

Zumidar/ Zumindar
Orang yang bertanggungjawab dalam suatu tugas dalam rangka usaha jama’ah ketika amir tidak ada.

Tambahan (senarai tidak dinyatakan dalam buku tersebut)

Bairuni atau Intiqoli
Merujuk kepada keluar di jalan Allah. Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni (luar).

Bayan Ta’ruf
Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.

Bayan Subuh
Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.

Bayan Asar
Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast (jaulah).

Bayan Maghrib
Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan Allah.

Bazaar
Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.

Chai/ Garam Chai
Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan sedikit garam.

DTI
Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.

Faisala
Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau markaz.

IPB
Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan. Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul.

Karguzari
Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.

Khususi
Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang ‘berehat’ dan sebagainya.

Malfuzat
Kata-kata atau ucapan. Kumpulan malfuzat-malfuzat Maulana Ilyas rah.a yang dinukilkan oleh Maulana Manzoor Numani, baca atau muat turun di Malfoozaat – Discourses Of Maulana Ilyas Rah.a

Masturoh/ Masturat
Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.

Masyaikh atau Eldest
Alim ulama atau orang lama/awwalin dalam usaha dakwah.

Mesyuwarah/ Mesyuarat
Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat.
Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.

Mutarjim
Penterjemah bahasa.

Muzakkir atau Zakirin
Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah di dalam program ghast (jaulah).

Nisob/ nisab
Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4 bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa dan keadaan mengikut takazah.

Nusrah/ Nusroh
Bantuan atau kerjasama.

Syura/ Syuro
Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa syura akan dilantik bagi setiap markaz.

Ta’am / To’am
Makanan. Khidmat ta’am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.

Tamsil/ Tamthil
Perumpamaan; analogi; perbandingan.

Beberapa panggilan jemaah

  • Jemaah Pelajar
  • Jemaah Ulama
  • Jemaah Santri
  • Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat)
  • Jemaah Hafiz
  • Jemaah Jalan Kaki
  • Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram)
  • Jemaah Cikgu (atau profesion kerja)
  • Jemaah Awam (orang awam)
  • Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara)
  • Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj)
  • Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza)



20140106

MISAI

Maksudnya: "Hasan bin Ali Al Khallal menceritakan kepada kami, Abdullah bin Numair memberitahukan kepada kami dari Ubaidillah bin Umar dari Nafie' dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah bersabda : "Cukurlah misai dan biarkanlah janggut". Hadis ini sahih. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2913).

Maksudnya: "Ishak bin Mansur menceritakan kepada kami, Abdussomad memberitahukan kepada kami, Shadaqah bin Musa iaitu Abu Muhammad teman Ad Daqiq memberitahukan kepada kami, Abu Imran Al Jauni memberitahukan kepada kami dari Anas bin Malik dari Nabi SAW: "Sesungguhnya Rasulullah membuat batas waktu pada setiap 40 hari, memotong kuku, memendekkan misai dan mencukur bulu kemaluan". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2907).

Maksudnya: "Muhammad bin Umar bin Walid Al Qufie Al Qindi menceritakan kepada kami, Yahya bin Adam memberitahukan kepada kami, dari Israil dari Simak dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata : "Nabi SAW memotong atau memendekkan misainya beliau bersabda; kekasih Ar Rahman (Nabi) Ibrahim juga melakukannya". Hadis ini hasan gharib. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2909).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Potonglah misai dan rawatlah janggut,  jangan menyamai orang Majusi." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0205).

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Waki', mewartakan kepada kami Zakariya bin Abu Zaidah, dari Mushab bin Syaibah, dari Thalq bin Habib, dari Abu Zubair, dari Aisyah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Ada 10 (sepuluh) fitrah ialah:
1. Mencukur misai,
2. Membiarkan janggut,
3. Bersiwak,
4. Menghirup air ke hidung,
5. Memotong kuku-kuku,
6. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran,
7. Mencabut bulu ketiak,
8. Mencukur rambut bawah perut,
9. Menghemat air". Yakni: Istinja'.
Zakariya berkata: Mushab berkata: "Saya lupa yang ke10, kecuali yang ke10 adalah berkumur," (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0293).

Maksudnya: "Qutaibah menceritakan kepada kami, Ja'far bin Sulaiman memberitahukan kepada kami dari Abu Imran Al Jaunie dari Anas bin Malik ia berkata :"Kita diberi batas waktu di dalam memotong misai, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak untuk tidak lebih dari 40 hari. Hadis ini lebih sah dari hadis pertama dan Shadaqah bin Musa dia tidak begitu hafal. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2908).

Mewartakan kepada kami Bisyr bin Hilal Ash-Shawwaf, mewartakan kepada kami Jaafar bin Sulaiman, dari Abu Imran Al Jauniy, dari Anas bin Malik, dia berkata: "Kami meluangkan waktu dalam mencukur misai, mencukur rambut bawah perut, mencabut rambut ketiak, dan memotong kuku-kuku, tidak membiarkan lebih dari 40 (empat puluh) hari." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0295).

Maksudnya : "Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik memberitahukan kepada ku dari Abu Bakar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar; Sesungguhnya Rasulullah SAW perintah untuk mencukur kumis (misai) dan membiarkan janggut". Hadis ini hasan sahih. Abu Bakar bin Nafi' dia hamba sahaya Ibnu Umar, adalah dapat dipercaya Umar bin Nafi' dan Abdullah bin Nafi' hamba sahaya Ibnu Umar dianggap lemah. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2914).

Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Potonglah misai anda dan rawatlah janggutnya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0203).

Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, dan Muhammad bin Yahya, Mereka berkata; mewartakan kepada kami Abul Walid, mewartakan kepada kami Hammad, dari Ali bin Zaid, dari Salamah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir, dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Termasuk fitrah adalah:
1. Berkumur,
2. Menghirup air ke hidung,
3. Bersiwak,
4. Memotong kumis misai,
5. Memotong kuku-kuku,
6. Mencabut bulu ketiak,
7. Mencukur rambut bawah perut,
8. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran,
9. Membersihkan faraj/kemaluan dengan air,
10. Khitan".
Mewartakan kepada kami Jaafar bin Ahmad bin Umar, mewartakan kepada kami Affan bin Muslim, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid, seperti hadis di atas.
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0294).

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Sufyan bin Uyainah, dari Az-Zuhriy, dari Said bin Al-Musayyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Fitrah itu ada 5 (lima), atau 5 (lima) fitrah ialah:
1. Khitan,
2. Memotong rambut di bawah perut,
3. Memotong kuku-kuku,
4. Mencabut bulu ketiak, dan
5. Mencukur misai."
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0292).

Dan 'Aisyah r.a:, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Ada sepuluh macam fithrah :
1. Memotong misai
2. Merawat janggut
3. Menggosok gigi
4. Istinsyaq dengan air
5. Memotong kuku
6. Membersihkan buku-buku jari
7. Mencabut bulu ketiak
8. Mencukur bulu ari-ari
9. Istinjak.
Kata Zakariya, "Mush'ab mengatakan bahawa dia lupa yang ke10. Tetapi agaknya berkumur-kumur."
Kata Waki', 'Intiqashul ma', ertinya: istinjak (cebok dengan batu)."

(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0206).

Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

HATI (8)

Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah meluruskan saf kami, sehingga beliau kelihatan seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf. Maka bersabda beliau, "Wahai hamba Allah! Luruskanlah saf anda! Kalau tidak, nescaya Allah akan mencerai-beraikan hati anda." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0389).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya diutus membawa perkataan yang cukup ringkas. Saya ditolong beroleh kemenangan dengan perasaan takut di hati musuh. Pada suatu malam ketika saya sedang tidur, saya bermimpi diberi anak kunci perbendaharaan bumi (negeri-negeri), lalu diletakkan di tanganku". Kata Abu Hurairah: "Rasulullah s.a.w. telah pergi (wafat), dan kamulah yang akan menggali isi perbendaharaannya." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1347).

Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata: "Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok. Kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0385).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Bagaimana keadaanmu kalau kamu tidak bisa memungut jizyah sedinar ataupun sedirham?" Ada orang menanyakan kepadanya: "Bagaimana engkau tahu yang demikian itu akan terjadi hai Abu Hurairah!", Jawabnya: "Ya, demi Tuhan yang diri Abu Hurairah di tanganNya! Dari perkataan orang yang sebenarnya dipercaya!" Orang banyak bertanya: "Apakah sebabnya kejadian yang demikian itu?" Jawabnya: "Dirosakkan janji Allah dan RasulNya s.a.w., lalu Tuhan mengeraskan hati, orang-orang zimmi, lalu mereka enggan memberikan apa yang di tangan mereka".  (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1416).

Abu Said al Khudri bercerita, katanya: "Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Beliau lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ beliau bersabda: "Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, "Sebab apa, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "kerana kamu sekalian banyak mencerca orang dan engkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain daripada kamu sekalian." Tanya mereka, "Kurang bagaimanakah akal dan agama kami, ya, Rasulullah?" Jawab Nabi, "Bukankah kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum lelaki?" Kata mereka, "Betul!" Jawab Nabi. "Itulah salah satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?" Jawab mereka, "Betul!" Sabda Nabi saw. "Itulah salah satu bukti bahawa agama mereka kurang." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0192).

Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari Allah Ta'ala, bagikan hanya sebuah saja. Allah Ta'ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendak-Nya. Lalu Rasulullah saw. mendoa, "Allahumma musluurifa qulub, shiurlf quluubana 'aJaa thaa'atim." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2278).

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. membaca ayat : "Dialah yang menurunkan Kitab (Al Quran) kepada mu. Di antara isinya terdapat ayat-ayat maklumat (yang jelas dan tegas maksudnya), dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat, untuk menimbulkan fitnah (bencana) dan untuk mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan hanya Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu turun dari Tuhan kami " Dan tidak dapat memahaminya kecuali orang-orang yang cerdas. " (Ali 'Imran, 3: 7). Kata 'Aisyah, maka bersabda Rasulullah saw., Apabila tuan-tuan melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat itulah orang-orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka:" (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2288).

Dan Shafiyah binti Huyay r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. sedang iktikaf. Aku mendatangi beliau malam hari, lalu aku berbicara kepadanya. Sesudah itu aku berdiri hendak pulang dan beliau berdiri pula menghantar ku - ketika itu Shafiyah tinggal di rumah Usamah bin Zaid -. Tiba-tiba lewat dua orang laki-laki Ansar, Tatkala mereka melihat Nabi saw, mereka mempercepat jalan mereka, Nabi saw. berkata kepada mereka, "Hai, pelahan-pelahan sajalah kalian. Ini adalah isteriku, Shafiyah binti Huyay" Jawab mereka, "Subhanallah, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran darah. Aku khuatir kalau-kalau syaitan membisikkan sesuatu yang jahat ke dalam hati kalian." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2037).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Rombongan yang pertama-tama masuk syurga mukanya seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, tidak membuang hingus dan tidak buang air di sana. Bejana dan sisir (sikat) mereka dari emas dan perak. Pedupaan mereka memakai kayu gaharu yang harum. Keringat mereka harum bagaikan kasturi. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang kedua betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya (urat) di bawah kulit kerana sangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau saling marah. Hati mereka selalu bersatu dalam bertasbih kepada Allah Ta'ala sepanjang pagi dan petang." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2426).

Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Puteri Nabi saw. mengirim seorang utusan kepada beliau, mengatakan : "Anak ku meninggal dunia, kerana itu sudilah Baginda datang." Nabi saw. mengirimkan salam kepada puterinya dan bersabda: "Inna lillaahi maa akhadza, walahuu maa a'tha, wa kullun 'indahu bi ajalin musamma, fal tashbir wal tahtasib. " "Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan Allah, semuanya milik Allah belaka. Segala-galanya (di dunia ini), masing-masing telah mempunyai ajal di sisi Allah. kerana itu sabar dan berserah dirilah." Kemudian puteri beliau mengirim utusan kembali, meminta dengan nama Allah (dengan sumpah) supaya ayahanda datang. Nabi saw. datang beserta Saad bin Ubadah, Muadz bin Jabal, Ubay bin Kaab, Zaid bin Tsabit dan beberapa orang sahabat lainnya. Setibanya Rasulullah saw., mayat itu dibawa ke hadapan beliau. Tubuhnya kelihatan kurus kering. Kata Usamah. "Saya kira beliau seolah-olah berkata: mayat itu seperti girbah. Lalu air mata Nabi saw. mengalir." Saad bertanya, "Apakah ini ya, Rasulullah'!" Jawab beliau, "Inilah kasih mesra yang ditanamkan Allah di hati para hambaNya. Sesungguhnya Allah mengasihi para hamba-Nya yang pengasih." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0667).

Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a.: Rasulullah s.a.w. pada suatu hari menanti musuh sampai matahari condong. Kemudian beliau berdiri di hadapan orang banyak, lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi kalau kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang". Kemudian beliau berkata: "Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka, dan tolong kami melawan mereka.". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1345).

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang pun di antara Nabi-nabi yang telah diutus Allah sebelumku, pasti di dalam umatnya terdapat golongan Hawariyun dan para sahabat yang terbina dengan pimpinannya serta patuh pada perintahnya. Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan baru yang pandai berkata tetapi tidak berbuat, bahkan mengerjakan apa yang tidak diperintahkan kepada mereka. Maka siapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya, itulah orang mukmin. Dan siapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya, dia juga mukmin, dan siapa yang menentang mereka dengan hatinya, dia itu orang mukmin. Sesudah itu, tidak ada lagi iman walaupun agak seberat biji bayam." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0041).

Dari 'Abdur Rahman bin Syumasah At Mahrl r.a. katanya: "Pada suatu ketika, aku berada dekat Maslamah bin Mukhallad, di dekatnya ada pula Abdullah bin 'Amru bin 'Ash." Kata 'Abdullah, "Belum akan terjadi kiamat kecuali bila kejahatan manusia telah meningkat. Mereka lebih jahat daripada orang-orang jahiliyah. Setiap mereka diajak kepada agama Allah selalu ditolaknya." Ketika mereka sedang bercakap-cakap demikian, tiba-tiba datang 'Uqbah bin 'Amir. Kata Maslamah, "Hai, 'Uqbah! Aku mendengar 'Abdullah berkata begitu. "Bagaimana pendapatmu?" Jawab 'Uqbah, "Dia memang lebih tahu. Adapun yang ku dengar dari Rasulullah saw. ialah: "Sentiasa ada segolongan umat ku yang berjuang menegakkan agama Allah, di mana mereka selalu menang terhadap musuh-musuhnya. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menentangnya hingga hari kiamat. Dan mereka akan tetap ada." Maka berkata 'Abdullah, "Itu memang betul! Kemudian Allah Ta'ala mengirim angin seperti angin kasturi yang sentuhannya halus bagaikan sutera. Tidak ada iman yang tinggal dalam hati seseorang walau seberat biji benih pun melainkan dicabutnya. Maka tinggallah orang-orang jahat belaka, lalu terjadilah kiamat." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1874).


Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang pertama-tama masuk syurga, rupanya sebagai bulan pada malam purnama. Dan orang-orang yang masuk sesudah itu, sebagai bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu), tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu nampak sumsum betisnya dan belakang dagingnya kerana sangat indahnya. Mereka memuji Tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, tiada selsema, dan tiada berdahak. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir dari emas, dan kayu bakar mereka dari uluwwah (kayu kemenyan)". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1443).

Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

20140101

HATI (7)

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw. bersabda: "Allah menggembira kan hati orang yang berperang fisabilillah" (di jalan Allah), iaitu orang yang berperang semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-Nya, bahawa ia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan, atau dimasukkan ke dalam syurga. "Andaikata tidaklah akan menyulitkan umat ku, nescaya aku selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0030).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17) (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2419).

Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila muadzin menyerukan azan, maka jawablah sebagai berikut: "Allahu Akbar, Allahu Akbar", jawabnya: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." "Asyhadu alla iillaha illallah", jawabnya: "Asyhadu alla ilaaha illallah." "Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah", jawabnya: "Asyhadu anna Muhhammadar Rasulullah." "Hayya 'aillsh shalah" jawabnya: "La hawla wala quwwala illa billah." "Hayya 'alal falah", jawabnya: "La hawla wala quwwata ilia billah." ''Allahu Akbar, Allahu Akbar", jawabnya: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." La iillaha illallah", jawabnya: "La ilaaha illallah." Jika kamu jawab seperti itu dengan sepenuh hatimu, maka kamu masuk syurga." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0335).
  
Dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang saleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat dalam hati manusia." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2018).

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi saw. bersabda: "Allah berfirman: "Aku menurut dugaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila dia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebut Ku di hadapan orang banyak, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang banyak yang lebih baik Kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sejengkal, nescaya Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sehasta, nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia datang kepada Ku berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1997).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak bumi akan memuntahkan jantung
hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata : Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata : Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tangan ku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikit pun." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0968).

Dari Umar bin Khattab r.a., katanya: "Manusia di zaman Rasulullah s.a.w. berhukum dengan dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi. Sekarang kamu kami hukum menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerjamu. Barangsiapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan: hanya Tuhan yang menghitung (memeriksa) yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun mengatakan bahawa yang dirahsiakan
hatinya baik". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1229).

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Aku diutus dengan diberi perkataan yang ringkas cukup dan ditolong dengan perasaan takut (di
hati musuh). Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi diberikan kepada ku kunci-kunci perbendaharaan dunia, lalu diletakkan di tangan ku." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1950).

Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka, orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan 'La ilaaha illallah' dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0154).

Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka,
(1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya'irah, dan
(2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan
(3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037).


Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam
hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0072).

 Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/