Maksudnya: "Hasan bin Ali Al Khallal menceritakan kepada kami,
Abdullah bin Numair memberitahukan kepada kami dari Ubaidillah bin Umar dari Nafie'
dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah bersabda : "Cukurlah misai dan biarkanlah janggut". Hadis ini sahih. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor
2913).
Maksudnya: "Ishak bin Mansur menceritakan kepada kami, Abdussomad
memberitahukan kepada kami, Shadaqah bin Musa iaitu Abu Muhammad teman Ad Daqiq
memberitahukan kepada kami, Abu Imran Al Jauni memberitahukan kepada kami dari
Anas bin Malik dari Nabi SAW: "Sesungguhnya Rasulullah membuat batas waktu
pada setiap 40 hari, memotong kuku, memendekkan misai dan
mencukur bulu kemaluan". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2907).
Maksudnya: "Muhammad bin Umar bin Walid Al Qufie Al Qindi
menceritakan kepada kami, Yahya bin Adam memberitahukan kepada kami, dari
Israil dari Simak dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata : "Nabi SAW
memotong atau memendekkan misainya beliau bersabda; kekasih Ar Rahman
(Nabi) Ibrahim juga melakukannya". Hadis ini hasan gharib. (Hadis Sunan At-Termizi
Jilid 4. Hadis Nombor 2909).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Potonglah
misai dan rawatlah janggut, jangan
menyamai orang Majusi." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0205).
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami
Waki', mewartakan kepada kami Zakariya bin Abu Zaidah, dari Mushab bin Syaibah,
dari Thalq bin Habib, dari Abu Zubair, dari Aisyah, dia berkata: Rasulullah
SAW. bersabda: "Ada 10 (sepuluh) fitrah ialah:
1. Mencukur misai,
2. Membiarkan janggut,
3. Bersiwak,
4. Menghirup air ke hidung,
5. Memotong kuku-kuku,
6. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran,
7. Mencabut bulu ketiak,
8. Mencukur rambut bawah perut,
9. Menghemat air". Yakni: Istinja'.
Zakariya berkata: Mushab berkata: "Saya lupa yang ke10, kecuali yang
ke10 adalah berkumur," (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0293).
Maksudnya: "Qutaibah menceritakan kepada kami, Ja'far bin Sulaiman
memberitahukan kepada kami dari Abu Imran Al Jaunie dari Anas bin Malik ia
berkata :"Kita diberi batas waktu di dalam memotong misai,
memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak untuk tidak lebih
dari 40 hari. Hadis ini lebih sah dari hadis pertama dan Shadaqah bin
Musa dia tidak begitu hafal. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2908).
Mewartakan kepada kami Bisyr bin Hilal Ash-Shawwaf, mewartakan kepada
kami Jaafar bin Sulaiman, dari Abu Imran Al Jauniy, dari Anas bin Malik, dia
berkata: "Kami meluangkan waktu dalam mencukur misai, mencukur rambut
bawah perut, mencabut rambut ketiak, dan memotong kuku-kuku, tidak membiarkan
lebih dari 40 (empat puluh) hari." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0295).
Maksudnya : "Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan
kepada kami, Malik memberitahukan kepada ku dari Abu Bakar bin Nafi' dari
ayahnya dari Ibnu Umar; Sesungguhnya Rasulullah SAW perintah untuk mencukur kumis
(misai) dan membiarkan janggut". Hadis ini hasan sahih. Abu Bakar bin
Nafi' dia hamba sahaya Ibnu Umar, adalah dapat dipercaya Umar bin Nafi' dan
Abdullah bin Nafi' hamba sahaya Ibnu Umar dianggap lemah. (Hadis Sunan At-Termizi
Jilid 4. Hadis Nombor 2914).
Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Potonglah misai
anda dan rawatlah janggutnya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0203).
Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, dan Muhammad bin Yahya, Mereka
berkata; mewartakan kepada kami Abul Walid, mewartakan kepada kami Hammad, dari
Ali bin Zaid, dari Salamah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir, dari Ammar bin
Yasir, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Termasuk fitrah adalah:
1. Berkumur,
2. Menghirup air ke hidung,
3. Bersiwak,
4. Memotong kumis misai,
5. Memotong kuku-kuku,
6. Mencabut bulu ketiak,
7. Mencukur rambut bawah perut,
8. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran,
9. Membersihkan faraj/kemaluan dengan air,
10. Khitan".
Mewartakan kepada kami Jaafar bin Ahmad bin Umar, mewartakan kepada kami
Affan bin Muslim, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid,
seperti hadis di atas.
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis
Nombor 0294).
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami
Sufyan bin Uyainah, dari Az-Zuhriy, dari Said bin Al-Musayyab, dari Abu
Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Fitrah itu ada 5 (lima),
atau 5 (lima) fitrah ialah:
1. Khitan,
2. Memotong rambut di bawah perut,
3. Memotong kuku-kuku,
4. Mencabut bulu ketiak, dan
5. Mencukur misai."
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis
Nombor 0292).
Dan 'Aisyah r.a:, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Ada sepuluh
macam fithrah :
1. Memotong misai
2. Merawat janggut
3. Menggosok gigi
4. Istinsyaq dengan air
5. Memotong kuku
6. Membersihkan buku-buku jari
7. Mencabut bulu ketiak
8. Mencukur bulu ari-ari
9. Istinjak.
Kata Zakariya, "Mush'ab mengatakan bahawa dia lupa yang ke10. Tetapi
agaknya berkumur-kumur."
Kata Waki', 'Intiqashul ma', ertinya: istinjak (cebok dengan batu)."
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor
0206).
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.