Dari
Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw. bersabda: "Allah menggembira kan hati orang
yang berperang fisabilillah" (di jalan Allah), iaitu orang yang berperang
semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-Nya, bahawa ia akan kembali
membawa kemenangan dan harta rampasan, atau dimasukkan ke dalam syurga.
"Andaikata tidaklah akan menyulitkan umat ku, nescaya aku selalu ikut
berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan
terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1.
Hadis Nombor 0030).
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah
berfirman: "Ku sediakan bagi
hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata,
belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah
Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui
apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang
menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
" (As Sajdah, 32: 17) (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2419).
Dari
'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila muadzin menyerukan azan, maka
jawablah sebagai berikut: "Allahu Akbar, Allahu Akbar", jawabnya:
"Allahu Akbar, Allahu Akbar." "Asyhadu alla iillaha
illallah", jawabnya: "Asyhadu alla ilaaha illallah."
"Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah", jawabnya: "Asyhadu anna
Muhhammadar Rasulullah." "Hayya 'aillsh shalah" jawabnya:
"La hawla wala quwwala illa billah." "Hayya 'alal falah",
jawabnya: "La hawla wala quwwata ilia billah." ''Allahu Akbar, Allahu
Akbar", jawabnya: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." La iillaha
illallah", jawabnya: "La ilaaha illallah." Jika kamu jawab seperti
itu dengan sepenuh hatimu, maka kamu masuk syurga." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1.
Hadis Nombor 0335).
Dan
Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang
saleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum
pernah teringat dalam hati manusia." (Hadis
Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2018).
Dari
Abu Hurairah r.a katanya: Nabi saw. bersabda: "Allah berfirman: "Aku menurut dugaan hambaKu terhadap Aku
dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila dia
menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula
sendiriKu. Dan kalau dia menyebut Ku di hadapan orang banyak, nescaya Aku
menyebutnya pula di hadapan orang banyak yang lebih baik Kalau dia mendekatkan
diri kepada Ku sejengkal, nescaya Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan kalau dia
mendekatkan diri kepada Ku sehasta, nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan
kalau dia datang kepada Ku berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya
berlari." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1997).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata : Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata : Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tangan ku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikit pun." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0968).
Dari Umar bin Khattab r.a., katanya: "Manusia di zaman Rasulullah s.a.w. berhukum dengan dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi. Sekarang kamu kami hukum menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerjamu. Barangsiapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan: hanya Tuhan yang menghitung (memeriksa) yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1229).
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Aku diutus dengan diberi perkataan yang ringkas cukup dan ditolong dengan perasaan takut (di hati musuh). Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi diberikan kepada ku kunci-kunci perbendaharaan dunia, lalu diletakkan di tangan ku." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1950).
Dari
Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka, orang yang
mengucapkan 'La ilaaha illallah', sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian
orang yang mengucapkan 'La ilaaha
illallah', dan di dalam hatinya terdapat iman
seberat beras. Kemudian yang mengucapkan 'La ilaaha illallah' dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0154).
Dari
Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Akan
dikeluarkan dari neraka,
(1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha
illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya'irah, dan
(2) Akan dikeluarkan dari neraka
orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan
(3) Akan dikeluarkan dari neraka
orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1.
Hadis Nombor 0037).
Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0072).
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.