Dari
Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah
saw. pernah meluruskan saf kami, sehingga beliau kelihatan seolah-olah sedang
meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak
solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki
menonjolkan dadanya dari saf. Maka bersabda beliau, "Wahai hamba Allah!
Luruskanlah saf anda! Kalau tidak, nescaya Allah akan mencerai-beraikan hati anda." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1.
Hadis Nombor 0389).
Dari
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya diutus membawa perkataan yang cukup ringkas. Saya ditolong
beroleh kemenangan dengan perasaan takut di hati musuh.
Pada suatu malam ketika saya sedang tidur, saya bermimpi diberi anak kunci
perbendaharaan bumi (negeri-negeri), lalu diletakkan di tanganku". Kata
Abu Hurairah: "Rasulullah s.a.w. telah pergi (wafat), dan kamulah yang
akan menggali isi perbendaharaannya." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3.
Hadis Nombor 1347).
Dari
Abu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah
saw. menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata: "Luruskan
barisanmu, jangan bengkok-bengkok. Kerana barisan yang bengkok, nescaya akan
menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang
cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan
seterusnya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0385).
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam
mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang.
Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,
sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2281).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Bagaimana
keadaanmu kalau kamu tidak bisa memungut jizyah sedinar ataupun sedirham?"
Ada orang menanyakan kepadanya: "Bagaimana engkau tahu yang demikian itu
akan terjadi hai Abu Hurairah!", Jawabnya: "Ya, demi Tuhan yang diri
Abu Hurairah di tanganNya! Dari perkataan orang yang sebenarnya dipercaya!"
Orang banyak bertanya: "Apakah sebabnya kejadian yang demikian itu?"
Jawabnya: "Dirosakkan janji Allah dan RasulNya s.a.w., lalu Tuhan
mengeraskan hati, orang-orang zimmi, lalu mereka
enggan memberikan apa yang di tangan mereka". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1416).
Abu
Said al Khudri bercerita, katanya: "Pada
hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah
pergi ke tempat solat. Beliau lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ
beliau bersabda: "Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana
saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka
bertanya, "Sebab apa, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw.,
"kerana kamu sekalian banyak mencerca orang dan engkar kepada suami. Saya
tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih
merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain
daripada kamu sekalian." Tanya mereka, "Kurang bagaimanakah akal dan
agama kami, ya, Rasulullah?" Jawab Nabi, "Bukankah kesaksian kaum wanita
seperdua kesaksian kaum lelaki?" Kata mereka, "Betul!" Jawab
Nabi. "Itulah salah satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila
wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?" Jawab
mereka, "Betul!" Sabda Nabi saw. "Itulah salah satu bukti bahawa
agama mereka kurang." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0192).
Dari
Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah Saw.
bersabda: "Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari
Allah Ta'ala, bagikan hanya sebuah saja. Allah Ta'ala sanggup menggerakkannya
bagaimana menurut kehendak-Nya. Lalu Rasulullah saw. mendoa, "Allahumma
musluurifa qulub, shiurlf quluubana 'aJaa thaa'atim." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2278).
Dari
Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. membaca ayat : "Dialah yang menurunkan Kitab (Al Quran) kepada mu. Di antara
isinya terdapat ayat-ayat maklumat (yang jelas dan tegas maksudnya), dan yang
lain (ayat-ayat) mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti
ayat-ayat yang mutasyabihat, untuk menimbulkan fitnah (bencana) dan untuk
mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan
hanya Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman
kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu turun dari Tuhan kami " Dan
tidak dapat memahaminya kecuali orang-orang yang cerdas. " (Ali 'Imran, 3:
7). Kata 'Aisyah, maka bersabda Rasulullah saw., Apabila tuan-tuan melihat
orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat itulah orang-orang yang
dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka:" (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2288).
Dan
Shafiyah binti Huyay r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. sedang
iktikaf. Aku mendatangi beliau malam hari, lalu aku berbicara kepadanya.
Sesudah itu aku berdiri hendak pulang dan beliau berdiri pula menghantar ku -
ketika itu Shafiyah tinggal di rumah Usamah bin Zaid -. Tiba-tiba lewat dua
orang laki-laki Ansar, Tatkala mereka melihat Nabi saw, mereka mempercepat
jalan mereka, Nabi saw. berkata kepada mereka, "Hai, pelahan-pelahan sajalah kalian. Ini adalah isteriku,
Shafiyah binti Huyay" Jawab mereka, "Subhanallah, ya
Rasulullah!" Sabda beliau, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh
manusia melalui aliran darah. Aku khuatir kalau-kalau syaitan membisikkan
sesuatu yang jahat ke dalam hati kalian." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2037).
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Rombongan yang pertama-tama masuk syurga mukanya seperti bulan
purnama. Mereka tidak meludah, tidak membuang hingus dan tidak buang air di
sana. Bejana dan sisir (sikat) mereka dari emas dan perak. Pedupaan mereka memakai kayu
gaharu yang harum. Keringat mereka harum bagaikan kasturi. Setiap lelaki mempunyai
dua isteri yang kedua betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya (urat) di
bawah kulit kerana sangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau saling
marah. Hati mereka selalu bersatu dalam bertasbih kepada Allah
Ta'ala sepanjang pagi dan petang." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2426).
Dari
Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Puteri
Nabi saw. mengirim seorang utusan kepada beliau, mengatakan : "Anak ku
meninggal dunia, kerana itu sudilah Baginda datang." Nabi saw. mengirimkan
salam kepada puterinya dan bersabda: "Inna lillaahi maa akhadza, walahuu
maa a'tha, wa kullun 'indahu bi ajalin musamma, fal tashbir wal tahtasib.
" "Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan Allah, semuanya milik
Allah belaka. Segala-galanya (di dunia ini), masing-masing telah mempunyai ajal
di sisi Allah. kerana itu sabar dan berserah dirilah." Kemudian puteri
beliau mengirim utusan kembali, meminta dengan nama Allah (dengan sumpah)
supaya ayahanda datang. Nabi saw. datang beserta Saad bin Ubadah, Muadz bin Jabal,
Ubay bin Kaab, Zaid bin Tsabit dan beberapa orang sahabat lainnya. Setibanya
Rasulullah saw., mayat itu dibawa ke hadapan beliau. Tubuhnya kelihatan kurus
kering. Kata Usamah. "Saya kira beliau seolah-olah berkata: mayat itu
seperti girbah. Lalu air mata Nabi saw. mengalir." Saad bertanya,
"Apakah ini ya, Rasulullah'!" Jawab beliau, "Inilah kasih mesra
yang ditanamkan Allah di hati para hambaNya. Sesungguhnya Allah
mengasihi para hamba-Nya yang pengasih." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2.
Hadis Nombor 0667).
Dari
Abdullah bin Abu Aufa r.a.: Rasulullah
s.a.w. pada suatu hari menanti musuh sampai matahari condong. Kemudian beliau
berdiri di hadapan orang banyak, lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara!
Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada
Allah! Tetapi kalau kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu
terletak di bawah bayangan pedang". Kemudian beliau berkata: "Wahai
Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan
pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka, dan tolong kami melawan mereka.".
(Hadis
Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1345).
Dari
'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang pun di antara Nabi-nabi
yang telah diutus Allah sebelumku, pasti di dalam umatnya terdapat golongan
Hawariyun dan para sahabat yang terbina dengan pimpinannya serta patuh pada
perintahnya. Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan
baru yang pandai berkata tetapi tidak berbuat, bahkan mengerjakan apa yang
tidak diperintahkan kepada mereka. Maka siapa yang berjuang menentang mereka
dengan tangannya, itulah orang mukmin. Dan siapa yang berjuang menentang mereka
dengan lidahnya, dia juga mukmin, dan siapa yang menentang mereka dengan hatinya, dia itu orang mukmin. Sesudah itu, tidak ada
lagi iman walaupun agak seberat biji bayam." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1.
Hadis Nombor 0041).
Dari
'Abdur Rahman bin Syumasah At Mahrl r.a. katanya: "Pada suatu ketika, aku berada dekat Maslamah bin Mukhallad, di
dekatnya ada pula Abdullah bin 'Amru bin 'Ash." Kata 'Abdullah,
"Belum akan terjadi kiamat kecuali bila kejahatan manusia telah meningkat.
Mereka lebih jahat daripada orang-orang jahiliyah. Setiap mereka diajak kepada
agama Allah selalu ditolaknya." Ketika mereka sedang bercakap-cakap
demikian, tiba-tiba datang 'Uqbah bin 'Amir. Kata Maslamah, "Hai, 'Uqbah!
Aku mendengar 'Abdullah berkata begitu. "Bagaimana pendapatmu?" Jawab
'Uqbah, "Dia memang lebih tahu. Adapun yang ku dengar dari Rasulullah saw.
ialah: "Sentiasa ada segolongan umat ku yang berjuang menegakkan agama Allah, di
mana mereka selalu menang terhadap musuh-musuhnya. Mereka tidak akan celaka
oleh orang-orang yang menentangnya hingga hari kiamat. Dan mereka akan tetap
ada." Maka berkata 'Abdullah, "Itu memang betul! Kemudian Allah
Ta'ala mengirim angin seperti angin kasturi yang sentuhannya halus bagaikan
sutera. Tidak ada iman yang tinggal dalam hati seseorang
walau seberat biji benih pun melainkan dicabutnya. Maka tinggallah orang-orang
jahat belaka, lalu terjadilah kiamat." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 1874).
Dari
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang pertama-tama masuk syurga, rupanya sebagai bulan
pada malam purnama. Dan orang-orang yang masuk sesudah itu, sebagai bintang
yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu), tidak pernah berselisih dan
benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka
mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu nampak
sumsum betisnya dan belakang dagingnya kerana sangat indahnya. Mereka memuji
Tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, tiada selsema, dan tiada berdahak.
Bejana mereka dari emas dan perak, sisir dari emas, dan kayu bakar mereka dari
uluwwah (kayu kemenyan)". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1443).
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.