Dari Abu Bakar r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu
seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar
mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu
dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan
binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani)
Dari Abdullah bin Umar
r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang belajar
ilmu untuk maksud lain selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari
kemuliaan, kemasyuran harta dan lain-lain) maka hendaklah dia menempah
tempatnya di neraka Jahanam. (HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan seorang
yang mempelajari ilmu agama kemudian tidak mengajarkan kepada orang lain adalah
seperti seorang yang mengumpulkan harta yang banyak di dalam khazanahnya tetapi
tidak membelanjakannya. (HR Tabrani)
Dari Jabir bin Abdullah
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu
mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan
mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk
menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah
didalam api neraka, api neraka. (HR Ibn Majah)
Dari Abdullah Ibn Mas’ud
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham
dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)
Dari Uthman ibn Affan r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Yang terbaik
diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)
Dari Ibnu Abbas r.huma
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang alim lebih
ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi)
Dari Abu Umamah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pergi ke
masjid untuk memepelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan
mendapat ganjaran haji yang sempurna. (HR Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas
kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu
melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus
disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan
atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang
didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan
daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas
kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Dari Ibn Abbas r.huma
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Empat perkara barangsiapa
mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa
bersabar dalam menangung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat
pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)
Hazrat Anas r.anhu
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara
alamat hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum
arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan
kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan
perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)
Dari Abdullah ibn Mas’ud
r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf
dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu
digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf,
tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan.
(HR Tirmizi)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang tiada sesuatu daripada (penghafalan) Al-Quran di dalam dadanya adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong. (HR Tirmizi)
Dari Abu Zar Al-Ghifari
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu pun yang
lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang
keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran. (HR Mustadrak Hakim)
Dari Muaz al-Juhaniy r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa membaca
Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada
hari Kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian
kalaulah matahari itu berada di dalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih
terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya
untuk kedua ibu bapanya) Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima
oleh orang yang membacanya sendiri. (HR Abu Daud)
Dari Buraidah Aslamiy r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa membaca
Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan
sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari.
Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada
tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan
pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab: Ini kerana kamu mengajar anak kamu
membaca Al-Quran. (HR Hakim)
Dari Muaz ibn Anas
Al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah
untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Umar Ibn Khattab r.a berkata:
Ya Rasulullah! Kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi! Nabi
SAW menjawab: Allah
sebaik-sebaik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR
Musnad Ahmad)
Dari Abu Razin r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah aku khabarkan
kepadamu beberapa perkara asas yang mana kamu akan mendapat kebaikan didunia
dan akhirat? Hendaklah kamu duduk didalam majlis-majlis ahli zikir, dan apabila
kamu bersunyi diri hendaklah kamu menggerakkan lidah kamu setakat mana yang
kamu mampu untuk berzikrullah. (HR Baihaqi)
Dari Abdullah bin Amr r.a
berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah!
Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah
syurga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah dan tidak berselawat kepada Nabi SAW maka majlis itu akan menjadi sebab kerugian pada hari Kiamat. Maka sekiranya mahu, Allah mengazab mereka dan sekiranya mahu mengampunkan mereka. (HR Tirmizi)
Dari Anas bin Malik r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah orang yang
berkumpul untuk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dengan tiada keinginan lain
daripada mencari keredhaanNya, kecuali bahawa (pada akhir majlis itu) seorang
malaikat mengumumkan dari langit (dengan perintah Allah): Bangunlah orang-orang
yang patut mendapat keampunan, kerana sesungguhnya dosa-dosamu telah diganti
dengan kebaikan. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Abu Ya’la, Bazzar dan
Majma uz Zawaid)
Dari Abu
Hurairah r.a dan Abu Said Al-Khudri r.a keduanya bersaksi bahawa Nabi SAW
bersabda: Tidaklah satu kelompok yang duduk mengingati Allah kecuali
para malaikat menaungi mereka dengan sayap-sayapnya, dan rahmat Allah meliputi
mereka, sakinah turun ke atas mereka dan Allah menyebut mereka dalam majlis
para malaikat. (HR Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melintasi
taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah
taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis
zikrullah. (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)
Dari Jabir bin Abdullah
r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir
ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR
Tirmizi)
Dari Abdullah bin Busrin
r.a meriwayatkan bahawa ada seorang
lelaki berkata kepada baginda Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, Sesungguhnya
syariat Islam telah banyak (yang semestinya kami amalkan tetapi) berikanlah
kepadaku satu amal supaya tetap menjadi amalanku. Baginda SAW bersabda: Janganlah putus-putus lidah kamu
basah dari mengingati Allah SWT. (HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak
bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR
Tirmizi)
Dari Sa’di r.a
menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi SAW. Nabi SAW
bersabda: Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan
kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk
di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan
setiap hari? Nabi SAW bersabda: Bertasbih (Subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya
seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan. (HR Muslim)
Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada siang dan malam
kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada
keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)
Dari Abdullah bin Umar
r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Selain dari mengingati
Allah SWT, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya)
hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah SWT ialah dia
yang keras hatinya. (HR Tirmizi)
Dari Abu Umamah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang
dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu
titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang
mengalir di jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di jalan Allah
(seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di jalan Allah) dan
kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu
(seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain).
(HR Tirmizi)
Dari Ibnu ‘Abbas r.huma
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang
pertama sekali akan dipanggil untuk memasuki syurga ialah orang yang sentiasa
berzikir memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. (HR
Hakim)
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak
berzikir kepada Allah adalah sepertimana orang yang hidup dengan orang yang
mati. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca
seratus kali pagi dan seratus kali petang: Subhanallahi Wa Bihamdihi, akan
diampunkan dosa-dosanya walaupun sebagaimana buih-buih dilautan.
(Hadith Sahih oleh Hakim)
Dari Anas bin Malik r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berzikir
kepada Allah dan kerana ketakutannya kepada Allah mengalir air matanya hingga
jatuh ke bumi, Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari Kiamat.
(HR Hakim)
Dari Abu Said Al-Khudri
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Ramai diantara orang
yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat
zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu
Ya’la, Majma uz Zawaid)
Dari Muaz bin Jabal r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Penghuni syurga
(selepas memasuki syurga) tidak akan menyesal kecuali pada satu masa yang
mereka lalui dahulu tidak berzikir kepada Allah. (HR Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT
berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan
bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)
Dari Anas bin Malik r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah
amat meredhai seorang hambaNya yang makan sesuap makanan dan bersyukur kepada
Allah atau seorang yang meminum seteguk air lalu bersyukur kepadaNya.
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang hamba tanpa
berfikir panjang mengatakan satu perkara yang kerananya dia akan terhumban ke
neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit. (HR Muslim)
Dari Hasan r.a berkata
telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh
keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah
silap lidah. (HR Baihaqi)
Dari Aishah r.ha berkata:
Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang
mukmin yang berakhlak mulia memperolehi darjat seorang yang berpuasa dan
beribadat sepanjang malam. (HR Abu Daud)
Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan
selawat kepadaku sepuluh kali diwaktu pagi, sepuluh kali diwaktu petang, maka
dia akan mendapat syafaatku pada hari Kiamat. (HR Tabarani dan Majma
uz Zawaid)
Dari Abdullah bin Mas’ud
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling
hampir kepadaku pada hari Kiamat kelak ialah orang yang paling banyak
berselawat kepadaku.
(HR Tirmizi)
Dalam satu riwayat
dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berselawat
keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan
dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)
Dari Ubadah bin Samit r.a
berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
beristighfar untuk orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, maka Allah SWT akan
menuliskan ganjaran baginya, bagi setiap lelaki dan perempuan mukmin itu dengan
satu kebaikan. (HR Tabrani)
Dari Abu Bakar As-Siddiq
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selalu
beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang
melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
(HR Abu Daud)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap
kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada
sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Abu Daud)
Hazrat Zubair r.anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin
melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari Kiamat), maka
hendaklah dia perbanyakkanlah istighfar. (HR Tabrani)
Dari Aghar r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia
bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap
hari sebanyak seratus kali. (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Zubair r.huma berkata:
Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Kalaulah anak Adam ini
diberi satu lembah daripada emas, nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan
lembah yang kedua. Dan sekiranya diberi lembah kedua nescaya dia berkeinginan
untuk mendapatkan lembah yang ketiga. Dan sentiasa tidak akan merasa cukup
perut anak Adam ini kecuali dipenuhi dengan tanah (iaitu setelah mati). Namun
satu rahmat Allah terhadap hambaNya, dari mencintai harta dunia kepada
mencintai Allah (Dengannya didunia ini Allah memberi ketenangan dan memelihara
dari sifat tamak dan rakus dari mengumpul harta). (HR Bukhari)
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Selama mana seseorang hamba itu
tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman. (HR
Tabrani)
Dari Abu
Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, sabdanya: Setepat-tepatnya kalimat yang
diucapkan oleh seseorang syair ialah ucapan Labid yang ertinya: Ingatlah, semua
benda yang selain Allah adalah batil atau rosak dan tidak kekal. (Muttafaq
‘alaih)
Dari Rafi Ibn Khudaij r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT mengasihi seseorang manusia, Dia melindunginya daripada tipuan dunia sebagaimana melindungi pesakit-pesakit kamu daripada terkena air. (HR Tabrani)
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika seseorang hamba bercakap bohong, maka kerana kebusukan bercakap bohong itu malaikat akan menjauhinya satu batu. (HR Tirmizi)
Sumber: Kitab Muntakhab-Ahadith & Riyad Us Saliheen
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.