Dari
Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bacalah (Quran): 'Seandainya kamu berkuasa, apakah kamu akan
membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (kasih
sayang)? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah dan ditulikanNya telinga
mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka. Maka apakah mereka tidak
memperhatikan Quran, ataukah hati
mereka telah terkunci?" (Muhammad, 47: 22-24) (Hadis Sahih Muslim
Jilid 4. Hadis Nombor 2184).
Dari
Ahu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka
hamba-Ku kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut namaKu. Jika
dia menyebut namaKu dalam hatinya,
maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu.
Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis
ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya
sehasta. Dan jika dia mendekati-u sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia
datang kepadaKu berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari." (Hadis Sahih Muslim
Jilid 4. Hadis Nombor 2300).
Dari
Anas r.a. katanya: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila telah terjadi kiamat, aku diberi hak untuk menolong. Lalu
aku memohon: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada (iman) sebesar biji sawi!"
Lalu mereka masuk syurga. Kemudian itu aku bermohon lagi: "Masukkanlah ke
dalam syurga orang yang ada dalam hatinya
(keimanan) biarpun sangat kecil." Kata Anas: "Seolah-olah saya
melihat anak jari Rasulullah saw. (menggambarkan kecilnya)." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2020).
Dari
Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu
ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi.
Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau.
Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu
timbul dugaan di hatiku,
Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali
Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku
memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku
memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu. Sabda beliau, "Aku
terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau
solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat." (Hadis Sahih Bukhari
Jilid 2. Hadis Nombor 0639).
Dari
Jabir r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita, maka hendaklah
dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang
demikian itu dapat menenteramkan gejolak hatinya."
(Hadis
Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1323).
Dari
Amru bin Taghlib r.a. katanya: Dibawa
kepada Nabi saw. harta, lalu beliau beri suatu kaum, sedang yang lain tidak
beliau beri. Kemudian sampai kepada beliau, bahawa ada orang yang mencela. Lalu
beliau bersabda: "Sesungguhnya ada orang yang aku beri dan ada yang tidak
ku beri, sedang yang tidak ku beri itu lebih ku cintai dari orang yang ku beri.
Aku beri kaum kerana mereka dalam hatinya
ada perasaan keluh kesah dan loba, sedang kaum (yang tidak aku beri) ku
serahkan kepada kekayaan dan kebaikan yang telah diadakan Allah dalam hati mereka, di antaranya Amru bin
Taghlib." Kata Amru: "Saya tiada menyukai perkataan Rasulullah itu
diganti dengan memperoleh binatang ternak." (Hadis Sahih Bukhari
Jilid 4. Hadis Nombor 2022).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah
tidak melihat kepada rupa dan harta mu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." (Hadis Sahih Muslim
Jilid 4. Hadis Nombor 2194).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya para sahabat datang kepada Rasulullah saw. lalu
mereka bertanya: "Kami merasakan di
dalam hati kami suatu waswas yang amat
berat bagi kami menuturkannya." Jawab Rasulullah saw.,
"Sesungguhnyakah itu?" Kata mereka, "Ya, sesungguhnya."
Jawab Rasulullah saw., "Yang demikian itu ialah suatu tanda bagi iman yang
sempurna." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0106).
Dari
Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia
bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada
bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya
di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas rakaat.
Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan
panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat rakaat lagi, dan
janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga
rakaat. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah!
Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai,
'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku
tidak." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0604).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Janganlah kamu minta-minta bertemu dengan musuh. Tetapi bila kamu
bertemu dengan mereka, maka teguhkanlah hatimu!"
(Hadis
Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1723).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan ambil peduli terhadap umat ku,
selama yang berbicara hanya hatinya,
tetapi belum diucapkannya atau belum dilaksanakannya." (Hadis Sahih Muslim
Jilid 1. Hadis Nombor 0101).
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada boleh iri hati
selain dalam dua hal:
- Orang yang diberi Allah pengetahuan tentang Quran, lalu dibacanya di waktu malam dan siang. Lalu dia mengatakan: Kalau kiranya saya diberi serupa yang diberikan kepada orang itu, nescaya saya akan berbuat sebagaimana yang diperbuatnya."
- Orang yang diberi Allah harta, lalu dinafkahkannya harta itu menurut mestinya. Lalu dia mengatakan: "Kalau kiranya diberikannya kepada saya serupa yang diberikan kepada orang itu, saya akan memperbuat pula sebagaimana yang diperbuatnya." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1932).
Diceritakan
oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu solat (jadi imam), hendaklah
meringkaskannya, kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit,
dan orang tua. Dan apabila dia solat sendirian, panjangkanlah sekehendak hatinya." (Hadis Sahih Bukhari
Jilid 1. Hadis Nombor 0396).
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
Sumber hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.