Dari
Abu Musa r.a. katanya "Kami
berpergian bersama-sama Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar
orang banyak mengeraskan suara membaca takbir. Maka bersabda Nabi saw., "Hai, manusia! Rendahkanlah hati dan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak
memanggil orang pekak dan orang jauh. Tetapi kamu memanggil Yang Maha Mendengar
dan Maha Dekat, bahkan Dia bersama kamu." Ketika itu aku berada di
belakang beliau membaca "Laa haula la wa la quwwata illa billah" Maka
bersabda beliau, 'Ya, 'Abdallah bin Qais! Mahukah engkau ku tunjukkan kepada mu
suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu,
ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa
billah" (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2325).
Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. sering mendoa dengan doa-doa sebagai berikut: "Allahumma, fainni a'udzu bika min fitnatin naari wa 'adzabin naari, wafitnatil qabri wa 'adzabil qabri, wa min sharri filnatil ghina, min syarri fitnatil faqri, wa a'udzu bika min syarr fitnatil masihid dajjal. Allahummaghsil khathaayaaya bi maa-its tsalji wal baradi, wa naqqi qalbi' minal khathaaya kama naqqaitats tsaubal abyadha minad danas, wa baa'id baini wa baina khathaayaaya kama baa'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allahumma, fainni a'udzu bika minal kasali wal harami wal ma'tsami wal maghrami (Wahai Allah! Bahawasanya aku berlindung denganMu dari bencana dan seksa neraka, dari bencana dan seksa kubur, dari kejahatan bencana kaya, dan dari kejahatan bencana melarat. Dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kejahatan Al Masih Dajjal. Wahai Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan air salji dan air ais, bersihkanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan kain putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antaraku dengan kesalahan(dosa-dosaku) sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kemalasan, dari kepikunan, dari segala dosa dan dari hutang.) (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2327).
Dari
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika seorang laki-laki sedang dalam perjalanan, ia kehausan. Ia
masuk ke dalam sebuah sumur yang curam, lalu minum di sana. Kemudian ia ke
luar. Tiba-tiba ditemuinya seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan
menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata: Anjing ini sedang
merasakan apa yang telah saya rasakan. Lalu ia turun kembali ke sumur itu,
memenuhi sepatunya dengan air, membawanya ke atas dengan menggigit sepatu itu,
terus naik kembali ke atas dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih
kepadanya dan mengampuni dosanya." Para sahabat bertanya: Hai Rasulullah!
Kalau kami mengasihi binatang apakah kami memperoleh pahala? Beliau bersabda:
"Setiap hati
yang pengasih mendapat pahala." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis
Nombor 1145).
Dari
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu
pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati
sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan
(ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan
mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat
bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan
menyesatkan." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0076).
Diceritakan
oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. berpergian
dengan kenderaan dan Muaz menyertai beliau di belakangnya. Kata Nabi, "Hai, Muaz bin Jabal!" Muaz
menyahut, "Saya ! Ya, Rasulullah! " Kata Nabi pula, "Hai,
Muaz!" Sahut Muaz, "Saya! Ya, Rasulullah!" Sampai tiga kali.
Nabi bersabda, "Siapa yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan
Muhammad itu sesungguhnya Rasul Allah, dengan pengakuan yang benar-benar terbit
dari hati sanubarinya, maka Allah
akan melindunginya (mengharamkannya) dari api neraka. " Kata Muaz,
"Ya, Rasulullah! Apakah tidak lebih baik berita itu saya sampaikan kepada
orang banyak, supaya mereka gembira?" Jawab Nabi, "Kalau mereka
mendengar berita itu, mereka akan bersikap tawakkal saja, tanpa amal."
Kemudian, waktu Muaz telah dekat ajalnya, disampaikannya juga berita itu,
kerana dia takut berdosa (sebab menyembunyikan hadis)." (Hadis Sahih Bukhari
Jilid 1. Hadis Nombor 0091).
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman, lebih lembut
daripada sutera. Namun tidak seorang pun yang tertinggal (iman) di dalam hatinya." Abu 'Alqamah mengatakan;
"Walaupun agak seberat biji bayam?" Kata Abdul 'Aziz, "Iman yang
seberat debu pun akan tercabut olehnya." (Hadis Sahih Muslim
Jilid 1. Hadis Nombor 0094).
Sumber Hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
Sumber Hadis: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.