Pages

20130912

AZAN DAN DAKWAH

Azan adalah dakwah yang paling sempurna. Bila kita sebut Allah dalam azan, syaitan akan lari terkentut2, tapi bila kita sebut Allah dalam solat, syaitan akan datang menyesatkan kita semula.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: " Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila iqamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0642).

Begitulah hebatnya dakwah. Dakwah adalah sunnah nabi saw yang paling besar sekali. Dakwah adalah kerja semua nabi dan para rasul. Dakwah adalah tanggungjawab setiap orang islam. Dakwah adalah asbab kebencian syaitan. Dakwah adalah perkara yang ditakuti syaitan. Syaitan tidak takut seseorang yang beribadat tapi syaitan sangat takut pada seseorang yang buat usaha dakwah.

Jadi bila kita dengar seruan azan, seruan dakwah, janganlah kita lari, janganlah kita mencari pelbagai alasan untuk berpaling, tutup telinga, tutup mata, sembunyikan diri tetapi bersegeralah kepada panggilan Ilahi, tuhan yang mencipta kita. Jadikanlah kerja dakwah sebagai maksud hidup kita didunia ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.