Pages

20130926

WANGIAN DARI LANGIT


Nabi saw safar pada malam Miraj di langit, Nabi saw terbau bau yang sangat wangi.
Jibrail as bagitau bahawa wangian ini telah wujud ribuan tahun lamanya.
Baginda saw bertanya: Wangian ini datang dari mana?
Jibrail berkata: Pada zaman firaun, firaun telah dapat mengesan hamba perempuannya telah beriman dengan Nabi Musa as.
Firaun telah memerintahkan pengawalnya menangkap hamba perempuan itu beserta dua orang anaknya.
Firaun tanya pada hamba perempuan tersebut, siapakah Tuhan kamu? dia memberitahu, Tuhan aku Allah!
Firaun mengugut akan menggoreng anak-anak perempuan tersebut dalam minyak yang panas.
Firaun telah memerintahkan pengawalnya menangkap anak perempuan tersebut.
Anak kecil itu berkata, Mak! Mak!!
Firaun yang kejam telah menggoreng anak tersebut.
Sedikit pun air mata perempuan itu tidak keluar dan ia redha dengan ketentuan Allah.
Anak kecil itu mati setelah digoreng dengan kejam dalam minyak panas.

Perempuan itu masih dengan pendiriannya, firaun memerintah pengawalnya mengambil pula bayi yang dikendong perempuan itu dan mengancam untuk menggorengnya pula.
Hati perempuan itu tersentap, adakah anak kecil ini pun dia (firaun) nak goreng macam anak yang pertama.
Allah bukakan hijap dan nampak anaknya yang pertama berkata, Wahai ibu, jangan takut. Mak! Korbankan! Korbankan! Demi Allah, sekejap lagi kita akan bersama dalam syurga Allah.
Firaun pun menggoreng bayi tersebut dan ia mati sehingga terlerai tulang dan dagingnya.
Bila tiba giliran perempuan itu, dia telah itu membuat satu permintaan.
Dia meminta supaya nanti disatukan semua tulang-tulang dia dan anak-anaknya dan tanamkan di satu tempat.
Firaun bersetuju dengan permintaan tersebut.

Hari dia dan anaknya ditanam, semenjak hari itu, bauan yang sangat wangi itu wujud di langit dan ia akan kekal sampai hari kiamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.