Allahlah yang menurunkan hujan
untuk manafaat dan rahmat kepada makhluknya.
Allah turunkan hujan di
pergunungan, hutan, maka ia membasahi pokok-pokok dan ia menitiskan air ke
daun-daun dan seterusnya membasahi bumi.
Setiap titis air yang menitis hanyalah
dengan izin Allah.
Tahukah kita berapa banyak
turunnya titisan hujan tuan-puan?
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Dari titisan hujan, bumi yang
tandus menjadi subur semula.
Maka banyaklah tumbuh-tumbuhan
akan hidup ditanah tersebut.
Siapa yang menghidupkan tumbuhan tuan-puan?
Allah...
Selain tumbuhan, siapa lagi yang
dapat manafaat dari hujan?
Haiwan2 yang melata juga mendapat faedah dari hujan
tersebut.
Sehingga lagi Allah turunkan
hujan kebawah lembah. Disitu ada kampung, ada pekan, ada bandar.
Siapa yang tinggal disana
tuan-puan? Manusia...
Petani, pekerja, nelayan, orang miskin, orang kaya, raja, semua
akan mendapat manafaat dari air hujan tersebut. Apa akan jadi tuan-puan jika hujan tak turun-turun?
Akhir sekali tuan-puan, Allah
turunkan hujan kelaut.
Nanti ada orang berkata, tak
perlulah turunkan hujan ke laut sebab di laut banyak air.
Tuan-puan yang dimuliakan. Allah
swt juga mencipta haiwan dan tumbuhan di lautan.
Antara haiwannya ikan, tiram, ketam dan macam2 lagi.
Apabila Allah turunkan hujan di
laut, maka tiram akan naik ke permukaan air.
Bila sampai sahaja di permukaan
air, tiram ini akan sambut titisan air hujan tersebut dan selepas itu ia terus katupkan
cengkerangnya dan terus dia masuk semula ke dasar lautan.
Ia akan tinggal di dasar lautan
mengikut kadar masa yang ditetapkan oleh Allah swt dan air hujan yang dikatupnya tidak
bercampur dengan air masin.
Akhirnya apa akan jadi, air hujan
ini akan matang sehingga akhirnya menjadi mutiara. Subhanallah...
Semua orang tahu bahawa mutiara
adalah menjadi kegemaran dan manafaat pada manusia.
Siapakah yang menjadikan mutiara
tuan-puan? Allah swt...
Atas maksud itu tuan-puan, Allah lah yang menurunkan hujan untuk memberi manafaat kepada makhluk-makhlukNya di atas muka bumi ini... Bila hujan, bacalah doa "Allah Humma Soiyiban, Nafi'a" 3x (Ya Allah, turunkan hujan yang manafaat).
Atas maksud itu tuan-puan, Allah lah yang menurunkan hujan untuk memberi manafaat kepada makhluk-makhlukNya di atas muka bumi ini... Bila hujan, bacalah doa "Allah Humma Soiyiban, Nafi'a" 3x (Ya Allah, turunkan hujan yang manafaat).
Kita kena banyak memikir dan menceritakan/ menyampaikan tentang kebesaran Allah swt supaya kebesaran ini masuk dalam hati kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.