Pages

20130513

CAHAYA DAN BAYANG



Tuan-puan,
Sesiapa mengejar akhirat umpama ia mengejar cahaya.
Bila ada cahaya pasti ada bayang sebaliknya.
Bayang itu adalah dunia.
Kemana sahaja kita pergi pasti bayang mengekori kita.
Sebaliknya sekiranya kita mengejar bayang  pasti ia akan lari dan kita tidak dapat menangkapnya.
Padahal cahaya dan bayang adalah ketentuan Allah sejak azali lagi.
Tiada cahaya  tiadalah bayang.
Cahaya itu terang sedang bayang itu gelap.
Nak dapatkan cahaya itu terpaksa berpanas sedangkan nak dapat bayang itu berpaling sahaja (kesenangan).
Kalau nak mengejar bayang, janganlah keterlaluan dan jadikannya keperluan.
Bila kita mengejar bayang, kita akan membelakangkan cahaya.
Kita diperintah mengejar cahaya dan janjiNya bayang akan ikut kita.
Tapi ramai kita engkar perintahNya dan masih mengejar bayang kebelakang.
Nafsu dan Syaitan adalah musuh utama kita.
Mungkinkah sebab itu diakhirat nanti, ramai yang memalingkan mukanya kebelakang.
Sahabat rhum mengejar cahaya dan bayang mengikut mereka.
Sahabat rhum adalah sebaik murid yang diajar oleh Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw menunjukkan jalan yang sangat lurus bagaimana hendak mengejar cahaya. 
Sahabat mendapat keredhaan Allah didunia lagi sedangkan keredhaan itu hanya mampu diperoleh jika masuk syurga.
Tidak mahukah kita mengikuti jejak mereka mengejar cahaya?
Jika kita hendak berjaya kenalah ikut orang yang telah berjaya.
Kejayaan tidak boleh diperolehi dengan cara sendiri atau dengan cara yang baru.
Masa untuk kita mungkin 1jam setengah sahaja dan tinggal beberapa minit @ saat sahaja lagi untuk mengejar cahaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.