Dari
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pokok kekafiran itu
berasal dari jurusan timur. Sombong
dan takabur itu terdapat pada orang yang mempunyai kuda dan unta. Suka
berteriak itu terdapat pada orang desa. Dan ketenangan (kesabaran) itu terdapat
pada orang yang mempunyai (pengembala) kambing". (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1460).
Dari
Muharib dia berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar ra bercerita, bahawasanya
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang menyeret pakaiannya kerana
rasa sombong, maka
hari kiamat kelak Allah tidak akan sudi memandangnya." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5173).
Al-Husain
bin Yazid AI-Kufi menceritakan kepada kami Abdus Salam bin Harb menceritakan
kepada kami dari Laits dari Rabi' bin Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW
bersabda: "Aku adalah orang pertama kali keluar, ketika mereka
dibangkitkan, dan aku adalah orang yang berbicara atas nama mereka ketika
menghadap kepada Allah. Dan aku adalah pembawa berita gembira mereka (yang
mukmin) ketika mereka putus asa. Bendera pujian pada hari itu berada di tangan
ku. Dan aku adalah paling mulianya keturunan Adam dan tidak ada kesombongan". Hadis ini adalah hasan gharib. (Hadis Sunan
At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3689).
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Neraka dan syurga saling
bertengkar. Kata neraka, aku diistimewakan Allah dengan penghuni-penghuniku
orang-orang sombong dan
berkuasa." Kata syurga, "Apakah penghuni-penghuniku hanya terdiri
dari orang-orang daif, orang-orang terdampar, dan orang-orang lemah." Maka
berfirman Allah kepada syurga, "Engkau adalah rahmatKu. Aku rahmati dengan
engkau orang-orang yang Ku kehendaki di antara hamba-hamba-Ku." Dan
berfirman pula Allah kepada neraka, "Engkau adalah azab (seksa)Ku. Aku
seksa dengan engkau orang yang Ku kehendaki di antara hamba-hamba-Ku.
Masing-masing kamu mendapat penghuni sampai penuh." Ketika ternyata neraka
belum penuh, maka Allah memenuhinya dengan orang-orang yang harus diseksa.
Setelah penuh, neraka berkata, "Cukup, cukup!" Lalu mereka dicampur
aduk satu sama lain. (Hadis Sahih Muslim
Jilid 4. Hadis Nombor 2433).
Mewartakan
kepada kami Ahmad bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Ally bin Al-Husain bin
Waqid: mewartakan kepada kami ayahku, dari Mathar, dari Qatadah. dari Mutharrif,
dari 'lyadh bin Himar, dari Nabi saw., bahawasanya beliau menyampaikan khutbah
kepada mereka dan bersabda: "Sesungguhnya Allah Azza wa Jala mewahyukan
kepadaku agar kalian berlaku tawadhu' supaya tak seorangpun menyombongkan
dirinya terhadap orang lain". (Hadis
Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4179).
Muhammad
bin Basysyar menceritakan kepada kami; Abu Amir Al-Aqadi memberitahukan kepada
kami, Zuhair bin Muhammad memberitahukan kepada kami, dari Abdillah bin
Muhammad bin Uqbal dui Ath Thufail bin Ubai bin Ka'ab dari ayahnya bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaanku di antara para Nabi adalah
seperti seseorang yang membangun suatu rumah lalu membaguskan bangunannya dan
menyempurnakannya dan memperindahnya dan meninggalkan tempat satu batu bata.
Manusia mengelilingi bangunan itu dan kagum terhadapnya dan mereka berkata:
"Seandainya bangunan itu sempurna hingga tempat satu batu bata itu".
Dan aku di antara para Nabi adalah seperti tempat satu bata bata itu."
Dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda: "Apabila datang dari
Qiamat, maka kami adalah pemimpin para Nabi dan pembicara atas nama mereka dan
pemilik syafa'at mereka tidak sombong." Hadis ini adalah hasan sahih gharib. (Hadis Sunan
At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3692).
Mewartakan
kepada kami Harmalah bin Yahya; mewartakan kepada kami Ibnu Wahab;
mengkhabarkan kepadaku 'Amr bin Al-Harits, bahawasanya Darraj mewartakan
kepadanya dari Abul Haitsam, dari Abu Sa'id, dari Rasulullah saw., beliau
bersabda: "Barangsiapa merendahkan dirinya kepada Allah satu derajat,
maka Allah akan mengangkat darjatnya satu tingkat lebih tinggi. Dan barangsiapa
menyombongkan dirinya terhadap Allah satu derajat, maka
Allah akan menurunkan darjatnya satu tingkat lebih rendah, sehingga Allah
menjadikannya tempat yang serendah-rendahnya". Dalam Az-Zawa: Isnad hadis ini daif. Adapun Darraj bin Sam'an,
Abu-Samh Al-Mishriy, walau telah dinyatakan tsiqqat oleh Ibnu Ma'in, namun Abu
Dawud dan yang lain mengatakan: Mustaqim (lurus), kecuali apa yang diriwayatkan
dari AbulHaitsam. Ibnu 'Adiy berkata: Kebanyakan hadits-Darraj termasuk yang
dapat ditelusuri. Sedangkan Abu Hatim An-Nasa-iy dan Ad-Daruquthiy
melemahkannya. (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4176).
Ali
bin Hujr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Ja'far memberitahukan kepada
kami, Abdullah bin Dinar memberitahukan kepada kami dari Ibnu Umar bahawa
Rasulullah SAW. berkhutbah di hadapan manusia pada had kemenangan Mekah. Lalu
beliau bersabda: "Hai manusia sesungguhnya Allah telah menghilangkan
dari kamu kesombongan diri
mereka dengan ayah-ayah mereka. Lalu manusia ada dua macam iaitu pertama adalah
orang yang baik bertaqwa serta mulia di sisi Allah dan kedua adalah orang jahat
celaka serta hina di sisiNya. Dan semua manusia adalah keturunan Adam dan Allah
menciptakan Adam dari tanah Allah berfirman:(Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu, dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal sesungguhnya
orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling
bertaqwa diantara kamu sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal).
(Al Hujrat; 13). Hadis ini adalah
hadis gharib aku tidak mengetahuinya dari hadis Abdillah bin Dinar dari Ibnu
Umar selain dari sanad ini. Dan Abdullah bin Ja'far dianggap lemah oleh Yahya
bin Mu'in dan lainnya dan Abdullah bin Ja'far adalah ayah Ali bin Al Maaini.
Dan dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Abdillah bin Abbas. (Hadis
Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3324).
Ibnu
Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu
Jad'an dari Abi Nadharah dari Abi Said berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Kami
adalah pemimpin keturunan Adam pada hari Qiamat tidak sombong."
Hadis ini adalah hasan sahih gharib. (Hadis
Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3693).
Mewartakan
kepada kami Muhammad bin Sa'id bin Yazid bin Ibrahim At-Tustariy; mewartakan
kepada kami Al-Fadhl bin Al-Muwaffiq Abul-Jahm; mewartakan kepada kami Fudhail
bin Mazuq, dari Athiyyah dari Abu Sa'id Al-Khudriy, dia berkata: Rasulullah
Saw. bersabda: "Barangsiapa keluar dari rumahnya untuk solat kemudian
membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak seorang
peminta atas-Mu, dan aku meminta kepada-Mu dengan hak jalanku ini. Sesungguhnya
aku tidak keluar kerana bermegah-megah, atau sombong
atau kerana riya' atau kerana sum'ah (ingin di dengar). Dan aku keluar kerana
takut akan murka-Mu supaya Engkau jauhkan aku dari neraka dan supaya Engkau
mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa
kecuali Engkau." Kelak Allah akan menghadap dia dengan wajah-Nya. Dan
tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampunan baginya. Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini berentetan
dengan perawi-perawi yang daif, 'Athiyyah atau Al-'Aufa, Fudhail bin Marzuq dan
Al-Fadhl bin Al-Muwaffiq semuanya daif. Akan tetapi Ibnu Hazimah
meriwayatkannya dalam shahihnya dari jalan Fudhail bin Marzuq, dan ia sahih
menurutnya. (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0778).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.