Pages

20110809

KISAH NERAKA: BINATANG DI DALAM NERAKA

Al-A’masy meriwayatkan dari Abdullah bin Murrah dari Masruq dari Ibnu Mas’ud tentang firman Allah:


Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.  (Al-Nahl 16:88)
Ia mengatakan bahawa seksaan itu berupa Kala Jengking yang mempunyai taring yang panjang seperti pohon kurma.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke dalam neraka."

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa pedih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."

Adalah dilapurkan juga bahawa ada satu lembah dalam neraka "Lamlam" namanya. Lembah ini didiami oleh ular-ular bisa segemuk leher unta dan panjangnya sebulan pejalanan. Seorang yang melengah-lengahkan solatnya akan dsiksa dalam lembah ini.

Dalam sebuah hadis lagi adalah dilapurkan bahawa ada satu lembah dalam neraka yang bernama "Lubang Derita". Lubang ini didiami kala-jengking yang sebesar baghal (keldai). Tempat ini juga adalah untuk orang-orang yang melengah-lengahkan solatnya disiksa.
_________
Semoga menjadi peringatan buat kita semua, Na'u Zubillah semoga kita terhindar dari azab neraka. 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.