"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "(At-Tahriim 66:6)
Dalam riwayat lain disebutkan: "Jagalah diri kamu dari api neraka, sekalipun hanya dengan satu biji kurma. Jika tidak ada maka dengan mengucapkan kata yang baik."
Dalam Kitab Sahihain, Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian lalat dan serangga menyerbu api tersebut. Sesungguhnya aku akan menyelamatkan umatku dari api, tetapi malah kamu menerjah ingin memasukinya."
Imam Ahmad mengeluarkan riwayat dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu yang haram kecuali telah mengetahui bahawa akan ada yang melakukannya. Ingatlah bahawa saya akan menolong kamu dari neraka, maka janganlah kamu berterbangan untuk menuju neraka seperti serangga dan lalat berterbangan."
Dalam Sahih Muslim, dari Abu Hurairah bahawa ketika turun ayat:
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. (Asy-Syuara 26:214)
Rasulullah s.a.w. mengajak orang-orang Quraisy untuk berkumpul. lalu Nabi s.a.w. berkata:
"Wahai Bani Ka'ab bin Lu'ay, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Murrah bin Ka'ab, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Abd Syams, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Abd Manaf, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Hasyim, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Mutallib, selamatkanlah dirimu dari neraka!
"Wahai Bani Fatimah binti Mutammad, selamatkanlah dirimu dari neraka!
kerana aku tidak mempunyai sesuatu kekuasaan terhadap dirimu dari Allah."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali-Imran 3:185)
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisaa' 4:115)
_________
Semoga menjadi peringatan buat kita semua, Na'u Zubillah semoga kita terhindar dari azab neraka.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.