Jahannam itu dinyalakan setiap hari selama setengah hari, seperti diterangkan dalam Sahih Muslim dari Amr bin Abasah dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Kerjakanlah sembahyang subuh, dan jangan melakukan sembahyang apa pun hingga matahari naik, kerana ketika matahari terbit, ia terbit di antara dua tanduk syaitan. Ketika itu, orang-orang kafir sedang sujud. Kemudian sembahyanglah kembali hingga matahari sejajar dengan tombak yang berdiri, kerana ketika itu Jahannam dibuka, dan ketika matahari tergelincir, maka sembahyanglah kembali.” Riwayat Muslim.
Sedangkan dalam hadis Shafwan bin Al-Mu’attal, Nabi s.a.w. bersabda: Jika kamu telah melakukan sembahyang Subuh, maka tahanlah hingga terbit matahari, setelah terbit matahari, sembahyanglah kembali, kerana sembahyang pada waktu itu sangat diterima hingga matahari tepat di atas kepalamu. Kerana ketika matahari tepat di atas kepala, neraka sedang dibuka, hingga matahari tergelincir ke arah barat.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tabrani.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah disebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika matahari tepat di atas kepala kita, maka tahanlah sembahyang hingga matahari tergelincir, kerana ketika itu Jahannam sedang dirasakan kepada manusia dan hawa panas ditimpakan dari semburan neraka.” Riwayat Abu Ta’la dan Ibnu Hibban.
Abu Bakar bin Iyyasy meriwayatkan dari Ashim dari Zir dari Abdullah bin Mas’ud, “Sesungguhnya matahari itu terbit di antara dua tanduk syaitan, dan ketika tengah hari, pintu neraka dibuka. Maka kita dilarang untuk melakukan sembahyang ketika terbit matahari waktu tengah hari, dan ketika terbenamnya matahari.” Hadis ini dikeluarkan oleh Yaaqub bin Syaibah dan Imam Ahmad dari Abu Bakar bin Iyyash.
Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: “Jika panas sangat menyengat, maka sejukkanlah dengan sembahyang, kerana panas itu datang dari semburan api neraka.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Abu Nu’aim dikatakan: “Dari semburan panas salah satu pintu neraka.” Riwayat Imam Ahmad.
Abu Daud mengeluarkan sebuah riwayat dari Abu Qatadah dari Nabi s.a.w. bahawa baginda membenci sembahyang pada tengah hari kecuali hari jumaat dan baginda bersabda: “Sesungguhnya Jahannam itu dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.” Dianggap daif oleh Al-Albani.
_________
Semoga menjadi peringatan buat kita semua, Na'u Zubillah semoga kita terhindar dari azab neraka.
_________
Semoga menjadi peringatan buat kita semua, Na'u Zubillah semoga kita terhindar dari azab neraka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.