Muhammad bin Yahya menceritakan kepada kami, Yazid bin
Harun memberitahukan kepada kami, Abbad bin Manshur memberitahukan kepada kami
dari Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik ubat yang
kamu pakai mengobati penyakit ialah ubat tetesan yang dimasukkan kedalam
hidung, ubat yang dimasukkan kedalam mulut, pengobatan dengan cara membekam,
ubat sakit perut, dan sebaik-baik bahan yang kamu pakai bercelak adalah batu itsmid kerana ia dapat memperjelas
penglihatan dan menumbuhkan rambut." Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah
SAW memiliki tempat celak yang beliau pakai bercelak ketika hendak tidur tiga kali setiap
mata." Hadis ini adalah hasan gharib. Ia hadis Abbad bin Manshur. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2122).
Dari Zainab binti Abu Salamah dari ibunya ra. berkata: "Seorang wanita datang pada
Rasulullah, dan bertanya pada beliau, tentang anak perempuannya yang baru saja
ditinggal mati suaminya, dan anaknya itu sedang sakit mata, apakah boleh dicelaki?" Jawab beliau: "Pada masa
Jahiliyah, wanita diharuskan berkabung atas kematian suaminya selama setahun,
kemudian pada hujung tahun ia dibebaskan setelah disucikan dengan cara tradisi
Jahiliyah. Dan kini, masa iddah itu hanya selama empat bulan sepuluh
hari." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis
Nombor 3397).
Mewartakan kepada kami Abdurrahman bin Umar, mewartakan
kepada kami Abdul Malik bin Ash-Shabbah, dengan isnadnya seperti hadis di atas.
Dia menambahkan redaksi: "Barangsiapa
yang bercelak mata, maka hendaklah ganjil.
Barangsiapa melaksanakan, maka sungguh dia melakukan kebajikan. Tapi
barangsiapa tidak, maka tidak dosa. Dan barangsiapa memamah, maka hendaklah dia
telan". (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1.
Hadis Nombor 0338).
Maksudnya :Muhammad bin Basysyar dan Abu Hisyam Ar Rifa'i menceritakan kepada kami berkata :"Muadz bin Hisyam, dari ayahnya dari Amir Al-Ahwal, dari Syahr bin Hausyab dari Abu Hurairah berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Penghuni syurga itu halus kulitnya, muda, bercelak matanya, tidak rusak mudanya dan tidak hancur pakaiannya". Hadis ini adalah hadis gharib. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2662).
Dari Shafiyah binti Syaibah dari Ummu Salamah (isteri Rasulullah saw) dari Rasulullah saw bersabda: "Wanila yang ditinggal mati suaminya, maka ia tidak boleh memakai baju berwarna, tidak boleh memakai baju yang dicelup warna merah, tidak boleh memakai cat kuku, dan tidak boleh memakai celak. (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3393).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.