Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas
bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maan ahabba liqaa
Allah, anabballahu liqaa'ahu wamam karina liqaa Allahi karihallahu liqq'ahu
bermaksud: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya
dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka
menerimanya.
Seseorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat khabar gembira bahawa ia
diredhai Allah s.w.t. dan akan mendapat syurga, maka ia lebih suka segera mati
daripada terus hidup, maka Allah s.w.t. menyambutnya dengan limpahan kurnia
rahmatNya dan sebaliknya orang kafir ketika melihat siksa Allah s.w.t. yang akan
diterimanya, ia akan menangis dan enggan (tidak suka) mati dan Allah s.w.t.
juga menjauhkannya dari rahmat dan akan menyiksanya.
Sufyan Atstsauri berkata: "Hadis ini tidak bererti bahawa kesukaan mereka
untuk bertemu kepada Allah s.w.t. itu yang menyebabkan Allah s.w.t. kasih
kepada mereka, bahkan bererti kesukaan mereka untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
kerana Allah s.w.t. kasih kepada mereka. Sebagaimana ayat Yuhibbuhum
wayuhibbunahu (yang bermaksud) Allah kasih kepada mereka, maka mereka cinta
kepada Allah juga. Juga didalam hadis: Idza ahabballahu abdan syagholahu bihi
(yang bermaksud) Jika Allah kasih kepada seorang hamba, maka disibukkan dengan
dzikir dan selalu ingat kepadanya."
Ketika Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa siapa yang tidak suka bertemu kepada
Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. tidak suka bertemu kepadanya. Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, kita semua tidak suka mati." Jawab Rasulullah s.a.w.
"Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang Malaikat yang
membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
sebaliknya orang kafir jika akan mati datang Malaikat yang mengancamnya dengan
siksaan Allah s.w.t., yang akan dihadapi sehingga ia tidak suka bertemu kepada
Allah s.w.t."
Abul-Laits dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: Hadditsu an Bani Isra'il wala haraj, fa innahum qaumun qad kaana
fahimul a'aajib (yang bermaksud) Kami boleh bercerita tentang bani Isra'il, dan
tidak ada dosa, kerana pada mereka telah terjadi berita-berita yang aneh-aneh
(ganjil-ganjil).
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan: Terjadi serombongan Bani Isra'il
keluar sehingga sampai diperkuburan, lalu mereka berkata: "Andaikata kita
sembahyang disini kemudian berdoa kepada Tuhan supaya keluar salah seprang yang
telah mati disini lalu menerangkan kepada kami bagaimana soal mati, maka
sembahyanglah mereka kemudian berdoa, tiba-tiba ada orang telah menonjolkan
kepalanya dari kuburan berupa hitam, lalu bertanya: "Hai kaum, apakah
maksudmu, demi Allah saya telah mati sejak sembilan puluh tahun yang lalu, maka
hingga kini belum hilang juga rasa pedihnya mati kerana itu berdoalah kamu
kepada Allah untuk mengembalikan aku sebagaimana tadi, padahal orang itu
diantara kedua matanya ada tanda bekas sujud."
Abul-Laits
berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia
menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan meninggalkan amal
kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu
kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan pada umatnya supaya
mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup
sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia ini jauh
lebih ringan dibandingkan dengan siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari
siksaan akhirat."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.