Pages

20130417

Hadis - Jubah (5)

Dari Ibnu Abu Mulaikah dari Musyawir Ibnu Makhramah berkisah: "Pada suatu hari Rasulullah saw membagikan beberapa jubah, tetapi beliau tidak memberikan bahagian jubah kepada Makhramah ayahku, maka kata ayahku kepadaku: "Wahai anakku marilah pergi bersamaku pada Rasulullah saw." Setelah aku pergi ke rumah Rasulullah bersama ayah, setibanya di sana ayah berkata padaku: "Masuklah kamu dan mintakan buat aku kepada beliau." Maka setelah aku masuk rumah Rasulullah dan memintakannya sesuatu kepada beliau, maka beliau segera keluar kepadanya dengan membawa sebuah jubah, beliau bersabda: "Aku menyimpan ini untukmu" Maka ayahku memandang kepada jubah itu lalu memakainya." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5169).

Dari Shafwan ibnu Ya'la ibnu Umayyah dari ayahnya r.a. berkata: "Andaikan aku dapat melihat Rasulullah saw ketika wahyu sedang diturunkan pada beliau. Ketika kami berada di Ji'ranah, sedang Rasulullah saw berada di dalam sebuah kubah, tiba-tiba datang wahyu pada beliau. Umar memberi isyarat kepadaku supaya datang, maka aku memasukkan kepalaku kedalam kubah. Di saat itu datang kepada beliau seorang yang telah berihram untuk umrah dengan memakai jubah dan berbau semerbak dengan wewangian. la bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pendapatmu tentang seorang yang telah berihram dengan memakai jubah?" Kerana saat itu beliau sedang menerima wahyu, maka beliau tak sempat menjawab pertanyaan orang itu. Setelah selesai, beliau bertanya: "Mana orang yang bertanya padaku tadi?" Setelah orang itu dihadapan beliau, maka beliau bersabda: "Adapun jubah yang kamu pakai ketika ihram, maka lepaslah ia sedangkan wewangian, hendaklah kamu cuci tiga kali, kemudian ulangilah berihram." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2527).

Dari 'Urwah bin Mughirah r.a., dari bapanya, katanya: "Pada suatu malam aku berpergian bersama Nabi saw. Di tengah perjalanan beliau bertanya, "Adakah engkau membawa air?" Jawab ku, "Ada, ya, Rasulullah!" Lalu beliau turun dari kenderaannya, dan berjalan ke dalam gelap malam sehingga tak kelihatan lagi olehku. Kemudian beliau datang kembali. Aku menuangkan air dari timba untuk beliau wuduk, lalu beliau mencuci mukanya. Ketika itu beliau memakai jubah bulu. Ketika beliau akan mencuci tangan, beliau tidak dapat mengeluarkan tangannya sehingga terpaksa beliau keluarkan dari bawah jubah. Lalu beliau mencuci tangan dan menyapu kepalanya. Kemudian aku menunduk hendak membuka sepatu beliau. Kata beliau, "Biarkan sajalah kedua sepatu itu! Aku memakainya tadi dalam keadaan bersih. Kemudian beliau sapu saja kedua-duanya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0219).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya berkata kepada Rasulullah saw., 'Ya, Rasulullah! Saya banyak menerima hadis dari Anda, tetapi saya banyak lupa. " Sabda beliau, "Singkapkanlah jubahmu!" Lalu ku singkapkan jubahku. Kemudian Rasulullah menyauk dengan kedua belah tangannya, dan berkata, "Kumpulkanlah!" Lalu ku kumpulkan, dan sesudah itu aku tidak pernah lupa lagi." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0085).

Dari Masruq dari Mughirah bin Syu'bah katanya: Rasulullah saw pernah pergi untuk buang hajat, sekembalinya dari buang hajat, aku berikan kepada beliau satu bejana air, kemudian aku tuangkan airnya kepada beliau. Beliau mencuci kedua tapak tangannya, kemudian beliau membasuh wajahnya dan ketika beliau hendak membasuh kedua lengannya, beliau merasa kesempitan jubahnya, maka beliau mengeluarkan kedua tangannya dari bawah jubahnya, kemudian beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian beliau mengusap kedua sepatu khufnya, kemudian beliau melakukan solat bersama kami. (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0121).

Mewartakan kepada kami Al-'Abbas bin Al-Walid AdDimasyqiy dan Ahmad bin Al-Azhar, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Marwan bin Muhammad, mewartakan kepada kami Yazid bin As-Smith, mewartakan kepadaku Al-Wadhin bin 'Atha-, dari mahfuzh bin 'Alqamah, dari Salman Al-Farisiy, bahawasanya Rasulullah saw. berwuduk, lalu beliau membalik Jubah wool yang ada padanya. Lalu beliau mengusapkan jubahnya pada wajahnya. Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Mahfuzh bin 'Alqamah dari Sulaiman, disebut sebagai hadis mursal, seperti yang tersebut dalam kitab At-Tahdzib. Sedangkan para perawi dalam isnadnya tsiqat/terpercaya. (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3564).

Dari Ya'la bin Umayyah, dari bapanya r.a., katanya: "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw. di Ja'ranah, ketika beliau sedang umrah. Janggut dan rambut lelaki itu dicatnya kuning (pakai pacar) dan dia memakai jubah. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Bolehkah aku umrah dalam keadaan dan pakaianku seperti sekarang?" Jawab Rasulullah saw., "Tanggalkan jubahmu, cuci cat janggut dan rambutmu. Lalu apa yang diperbuat dalam haji lakukan pula dalam umrah." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1148).

Dari Abu Hurairah, katanya: "Seseorang datang bertanya kepada Rasulullah saw., menanyakan tentang solat dengan memakai satu helai pakaian." Jawab Nabi, "Apakah anda masing-masing mempunyai dua helai pakaian?" Kemudian bertanya pula seorang laki-laki kepada Umar bin Khathab perkara solat dengan sehelai pakaian juga. Jawabnya, "Kalau Allah memberi anda kelapangan (kekayaan), maka manfaatkanlah kelapangan itu, dengan memakai pakaian secukupnya. solatlah dengan memakai sarong dan baju, memakai sarong dan kemeja, sarong dan jubah, seluar dan baju, seluar dan kemeja, seluar dan jubah dan seluar agak pendek dan kemeja." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0213).

Qutaibah bin Sa'id menceritakan kepada kami, 'Abdullah bin Idris memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari 'Atha' dari Ya'la bin Umayyah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. melihat seorang badwi yang melakukan ihram dan ia memakai jubah, kemudian baginda memerintahkan orang badwi itu untuk melepas jubahnya." (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0837).

Dari Mughirah bin Syu'bah R.A. dia berkata: Pernah Rasulullah S.A.W. menyimpang dari jalan pada waktu terjadinya perang Tabuk ketika waktu sebelum fajar, sedangkan aku bersama beliau. Maka aku turut menyimpang juga menyertai beliau itu. Ternyata Nabi S.A.W. menderumkan kenderaan beliau, lalu buang air besar. Setelah beliau datang dari lubang air besar, maka aku tuangkan ke tangan beliau air dari bejananya, beliau mencuci kedua telapak tangan lalu mencuci muka. Setelah menyingsingkan lengan jubah, yang ternyata keduanya itu sempit, maka di-masukkannya kembali kedua tangan beliau itu, kemudian beliau keluarkan kedua tangannya itu dari bawah jubah, dicucinya sampai ke siku, dan beliau menyapu pada kepala, lalu menyapu (bahagian) atas kasut beliau, setelah itu beliau naik kenderaan lagi. Setelah kami berangkat, bertemulah dengan orang-orang yang tengah mengerjakan solat, di mana mereka mengangkat Abdur-rahman bin Auf sebagai imam. Maka dia mengerjakan solat bersama mereka itu, tepat pada (awal) waktunya. Kami mendapatkan Abdurrahman bin Auf, setelah dia mengerjakan solat Subuh bersama mereka satu rakaat, maka datanglah Rasulullah S.A.W. berdiri membuat saf bersama kaum, mengerjakan solat di belakang Abdurrahman bin Auf untuk rakaat yang kedua. Setelah Abdurrahman memberi salam, Nabi S.A.W. berdiri menyempurnakan solat beliau. Maka terperanjatlah orang-orang, banyak membaca "Subhanallah", kerana mereka mengerjakan solat mendahului Nabi S.A.W. Setelah Rasulullah S.A.W, memberi salam, beliau bersabda kepada mereka: "Sungguh tepat kalian!" atau "Sungguh bagus kalian!" Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhori, Muslim, Nasaai dan Ibnu Majah dengan panjang dan singkat. (Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0136).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.