Pages

20130426

Hadis - Sombong (1)

Mewartakan kepada kami Mujahid bin Musa dan Abu Ishaq Al-Harawiy, Ibrahim bin 'Abdullah bin Hatim, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Husyaim, memberitakan kepada kami 'Ally bin Zaid bin Jad'an, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa'id, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Saya adalah pemimpin anak Adam, bukan menyombong. Dan saya adalah orang yang pertama kali dibelahkan bumi pada hari kiamat bukan menyombong. Dan saya adalah orang yaag pertama kali memberi syafaat dan pertama kali diterima syafaatnya, bukan menyombong. Dan bendera pujian berada di tangan ku pada hari kiamat, bukan menyombong". (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4308).

Maksudnya :Muhammad bin Yahya Al-Azdi Al-Bashri menceritakan kepada kami, Abdush Shamad bin Abdul-Warits memberitahukan kepada kami, Hasyim bin Sa'id Al-Kufi memberitahukan kepada kami, Zaid Al-Khats'ami menceritakan kepada kami dari Asma' binti Umais Al-Khats. 'Amiyyah berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang membanggakan diri dan sombong dan lupa kepada Zat Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang sombong dan sewenang-wenang dan lupa kepada Zat yang Maha Kuat lagi Maha Tinggi. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang lupa dan bersenang-senang dan lupa kuburan dan kebusukan. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang sombong dan melampaui batas dan lupa permulaan dan kesudahannya. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari dunia dengan perbuatan akhirat. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari akhirat dengan perkara-perkara yang syubhat (samar). Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dituntun oleh kerakusan. Seburuk-buruk hamba adalah hamba pemuas hawa nafsu yang menyesatkannya. Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang pencinta (dunia) yang merendahkannya". Ini hadis yang tidak aku ketahui kecuali dari sanad ini dan sanadnya tidak kuat. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2565).

Menceritakan padaku Humaid Ath Thawil dari Anas Ibnu Malik ra. berkata: "Ketika unta yang dikenderai seorang Badwi berlumba unta Rasulullah saw, maka Badwi itu menjadi sombong, hingga para sahabat merasa jengkel padanya, dan mengumpatnya. Maka sabda beliau "Tiada seorangpun menyombongkan dirinya di dunia, melainkan Allah akan menghinakannya." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3450).

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa sombong walaupun hanya seberat debu." Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana kalau seseorang suka memakai baju dan sepatu bagus?" Jawab Rasulullah saw., "Allah itu indah (jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0071).

Muhammad Al-Mutsanna dan Abdullah bin Abdur Rahman ceritakan kepada kami, Syukbah menceritakan kepada kami dari Aban bin Taghlib dari Fudhail bin Amr dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdillah dari Rasulullah saw. bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari kesombongan dan tidak masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari iman", Rawi berkata: "Lalu seorang berkata: "Sesungguhnya mengagumkan diri ku bahawa perkataan ku bagus dan sandal ku bagus", Beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah itu senang kepada sesuatu yang bagus, tetapi kesombongan adalah orang yang menolak kebenaran dan menghina manusia." Hadis ini adalah hasan sahih gharib. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2067).
 
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Kelak hari kiamat Allah 'Azza wa Jalla akan menggulung langit, kemudian dipegang-Nya dengan tangan kanan seraya berkata, "Akulah Maharaja Maha Kuasa! Ke mana orang-orang yang berkuasa, ke mana orang-orang yang sombong? Kemudian digulungNya bumi dengan tangan kiriNya seraya berkata, "Akulah Maharaja Maha Kuasa! Kemana orang-orang yang sewenang-wenang, kemana orang-orang yang sombong?" (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2387).

Menceritakan pada kami Musa ibnu Uqbah dari Salim dari ayahnya, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang mengangkat bajunya dikeranakan rasa sombong, maka pada hari kiamat Allah tidak akan memandang kepadanya." Dalam riwayat lain Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, sebelah selalu memanjangkan kecuali jika aku menahannya." Sabda Rasulullah: "Kamu bukan termasuk orang yang mengangkat kain kerana rasa sombong." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5180).

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah menceritakan kepada kami dari Umar bin Rasyid dan Iyas bin Salamah bin Al Akwa' dari ayahnya berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang selalu menyombongkan dirinya sehingga ditulis termasuk golongan orang-orang yang sombong lalu menimpanya apa yang menimpa mereka." Hadis ini adalah hasan gharib. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2068).

Qutaibah menceritakan kepada kami, Abu 'Awanah menceritakan kepada kami dari Qatadah dari Salim bin Abul Jaad dari Tsauban di mana ia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan ia bebas dari sombong, curang atau hutang maka ia masuk syurga." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid Al-Juhanni. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1620).

Al Hasan Al Khallal menceritakan kepada kami, Abdur Razzaq menceritakan kepada kami dari Ayyub dari Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata: "Barang siapa menarik (menyeret-nyeret) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah tidak memandang kepadanya pada hari qiamat", lalu Ummu Salamah berkata: "Bagaimana wanita membuat hujung pakaiannya?" Beliau bersabda: "Mereka menurunkan pakaian mereka sejengkal (dari pertengahan betis kaki.". Dia berkata: "Kalau demikian nescaya tetap kaki mereka tampak". Beliau bersabda: "Mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh melebihinya." hadis ini hasan sahih. Dalam hadis ini terdapat keringanan bagi wanita menarik pakaiannya kerana hal itu lebih dapat menutupi aurat mereka. (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1785).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.