Mewartakan kepada kami Abu Bakr, mewartakan
kepada kami 'Abdullah bin Numair, dari 'Ubaidullah, dari Sa'id bin Abu Sa'id,
dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Bila salah seorang dia antara kamu sekalian hendak tidur di tempat tidurnya,
maka hendaklah dia melepas sarung dalamnya, kemudian mengibas-ngibaskannya pada
tempat tidurnya. Sebab dia tidak mengerti apa
yang tertinggal di tempat tidur. Lalu hendaklah
dia tidur mengereng pada punggungnya sebelah
kanan, kemudian mengucapkan doa: "Ya Tuhanku, kerana Engkau-lah, aku
letakkan bahuku/lambung, kerana Engkau-lah aku mengangkatnya. Maka bila Engkau
menahan jiwaku, maka kasihanilah ia. Dan bila Engkau melepaskannya, maka
jagalah ia dengan suatu penjagaan yang Engkau buat menjaga kepada hamba-hamba-Mu
yang Saleh". (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3874).
Dari ibnu Syihaab katanya: "Aku diberitahu
oleh Humaid bin Abdur Rahman ibnu 'Auf bahawasanya ada seorang sahabat Nabi saw
pernah bercerita: "Ketika aku
sedang musafir bersama Rasulullah saw, maka aku berniat untuk menyaksikan solat
malam yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw. Setelah melakukan solat isyak,
maka beliau tidur sejenak. Kemudian ketika
bangun, maka beliau melihat langit seraya membaca akhir surat Al-Imran sampai
"Innaka laa tukhriful miiaad",
kemudian beliau mengambil siwak dari tempat pembaringannya, dan beliau segera
menggosok giginya. Setelah berwuduk, maka beliau segera melakukan solat, beliau
memanjangkan solatnya itu sampai dapat kukatakan, lama solat beliau hampir sama
dengan lamanya ketika beliau tidur. Setelah itu
beliau tidur kembali dan beliau tidur agak lama, sampai dapat kukatakan bahawa tidur beliau sama ketika beliau solat. Kemudian
beliau bangun kembali dan melakukan seperti yang beliau lakukan pertama kalinya.
Demikianlah beliau melakukan hal itu sebanyak tiga kali, hingga menjelang
datangnya waktu subuh". (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor
1600).
Dari Abdullah bin Abi Qais katanya: "Aku
pernah bertanya pada Aisyah: "Apakah
Rasulullah bila sedang jinabat, mandi dulu sebelum tidur
ataukah tidur dulu sebelum mandi?" Jawab
Aisyah " "Adakalanya
beliau mandi dulu sebelum tidur, tapi
adakalanya beliau berwuduk saja kemudian beliau tidur." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0393).
Dari Habib bin Abi Tsabit dari Muhammad bin Ali
dari Ibnu Abbas katanya: "Pada
suatu kali ketika Nabi saw bangun dari tidurnya
di malam hari. Maka beliau menggosok gigi dan berwuduk. Setelah itu beliau
membaca akhir surah Al-Imran. Setelah melakukan solat dua rakaat, maka beliau tidur kembali. Beliau sempat tidur
terlelap sampai aku mendengar suara dengkuran beliau. Kemudian beliau bangun
kembali dan menggosok gigi serta berwuduk. Setelah melakukan solat dua rakaat
kemudian beliau tidur kembali. Kemudian beliau
bangun sambil berwuduk dan menggosok gigi. Setelah melakukan solat dua rakaat,
maka beliau melakukan solat witir sebanyak tiga rakaat. (Hadis Sunan
An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1680).
Mewartakan kepada kami Abu Kuraib, mewartakan
kepada kami Isma'il bin Ulayyah, Muhammad bin Fudhail, Abu Yahya At-Taimiy dan
Abdul-Ajlih, dari Atha' bin As-Saib, dari ayahnya, dari Abdullah bin Amr, dia
berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Ada
dua hal, kalau seorang muslim memeliharanya, dia mesti masuk syurga. Keduanya
itu mudah. Orang yang mengamalkannya itu sedikit. Dia, setiap kali selesai
mengerjakan solat, membaca "Tasbih" sepuluh kali, membaca
"Takbir" sepuluh kali, dan membaca "Hamdalah" sepuluh
kali". Kemudian saya melihat Rasulullah SAW. menghitung dengan tangannya.
-selanjutnya" "Maka yang demikian itu, 150 (seratus lima puluh) ada
di lisan, dan 1500 (seribu lima ratus) ada di hati. Bila orang hendak pergi tidur, maka dia membaca "Tasbih",
"Hamdalah", dan "Takbir" 100 (seratus) kali. Maka itulah
100 (seratus) di lisan, dan 1000 (seribu) di timbangan. Maka apa ada kamu
sekalian, tiap hari, berbuat 2500 (dua ribu lima ratus) keburukan"?"
Para sahabat bertanya: "Bagaimana orang itu tidak dapat memelihara
keduanya.". Nabi SAW. menjawab: "Syaitan mendatangi salah seorang
kamu sekalian, sedangkan dia dalam solat. Kemudian Syaitan membisiki:
"Ingatlah, ini", sehingga terpisahlah seorang hamba tidak ingat lagi
-akan solatnya". Syaitan mendatangi salah seorang kamu sekalian, sedangkan
dia dalam posisi tidur, maka Syaitan selalu
menidurkannya, sehingga dia tidur". (Hadis
Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0926).
Qari Al-'A'raj dari Abu Hurairah katanya:
"Rasulullah saw pernah bersabda:
"Jika salah seorang dari kamu tidur, maka
syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan. Ketiga ikatan tersebut menjadikan dia
terlelap dalam tidurnya semalam suntuk. Tetapi
jika dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu
ikatan. Kemudian ketika dia berwuduk, maka akan terlepas pula satu ikatan lagi,
dan akhirnya jika dia melakukan solat, maka terlepas pula ikatan yang terakhir,
sehingga di pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh semangat. Akan
tetapi jika dia tertidur sampai subuh, maka
pagi harinya dia akan kotor jiwanya dan ia tidak mempunyai ghairah
apapun." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1581).
Mewartakan kepada kami Harun bin 'Abdullah
Al-Hammal; mewartakan kepada kami Al-Husain bin 'Ali Al-Ju'fiy, dari Za-idah,
dari Sulaiman Al-A'masy, dari Habib bin Abu Tsabit, dari 'Abdah bin Abu
Lubabah, dari Suwaid bin Ghafalah, dari Abud-Darda-, sampai hadisnya kepada
Nabi SAW., beliau bersabda: "Barangsiapa
hendak tidur, dan dia mempunyai niat untuk
bangun dan mengerjakan solat malam, lalu dia tertidur
sampai pagi, maka akan ditulis baginya apa yang dia niatkan. Adapun tidurnya itu sebagai sedekah baginya dari
Tuhannya." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1344).
Maksudnya : "Muhammad bin Marzuq Al B;ashri
menceritakan kepada kami, Hatim bin Maimun iaitu Abu Sahal memberitahukan
kepada kami dari Tsabit Al Bunani dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda :"Barang siapa membaca :"Qul
Huwallaahu Ahad" dua ratus kali setiap hari, maka ia dihapus dosanya lima
puluh tahun kecuali ia mempunyai hutang". Dengan sanad ini dari Nabi
SA W bersabda :"Siapa yang hendak tidur di tempat tidurnya
dan dia tidur pada rusuk kanannya, kemudian
membaca :"Qul Huwallaahu Ahad" seratus kali, maka tatkala hari
kiamat, Tuhan Tabaaraka Wata'ala berfirman kepadanya :"Hai HambaKu
masuklah syurga yang ada di sebelah kananmu". (Hadis ini gharib dari
hadisnya Tsabit dari Anas. Hadis ini diriwayatkan juga dari beberapa rawi dari
Tsabit. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3062).
Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ash-Shabbah;
mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim, dari Al-Auza'iy, dari Yahya bin Abu
Katsir, dari Qais bin Thikhfah Al-Ghifariy, dari ayahnya, dia berkata: "Rasulullah saw. mendapati ku tertidur dengan posisi menelungkup di Masjid, lalu
beliau membangunkan aku dengan kakinya, seraya berkata: "Mengapa engkau tidur seperti ini? Ini adalah cara tidur yang dibenci Allah atau dimurkai Allah". (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3723).
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau
bersabda: "Apabila seseorang kamu
datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya
tiga kali dan hendaklah dibacanya: "Dengan nama Engkau, ya Tuhan, aku
rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau
aku angkat (bangun). Jika Engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika
Engkau lepaskan (kembalikan), hendaklah Engkau pelihara, sebagaimana Engkau
memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh!" (Hadis Sahih Bukhari Jilid
4. Hadis Nombor 1990).
Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa dia
ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, "Beliau tidur
pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau
kembali pula ke tempat tidurnya. Maka apabila
muadzin telah azan (untuk solat Subuh), beliau bangun. Kalau memang perlu,
beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wuduk saja, kemudian
beliau pergi solat ke masjid." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis
Nombor 0603).
Mewartakan kepada kami Zuhair bin Muhammad dan
Al Hasan bin Muhammad bin Ash-Shabbah dan Al-'Abbas bin Ja'far dan Muhammad bin
'Amr Al-Hadatsaniy. Mereka berkata: Mewartakan kepada kami Sunaid bin Dawud;
mewartakan kepada kami Yusuf bin Muhammad bin Al-Munkadir, dari ayahnya, dari
Jabir bin 'Abdullah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Ibunya Sulaiman bin Dawud berkata
kepada Sulaiman: "Ya anakku! Janganlah engkau terlalu banyak tidur di malam hari. Karena terlalu banyak tidur di malam hari itu akan meninggalkan
(menjadikan) seseorang menjadi fakir pada hari kiamat." Dalam
Az-Zawa-id: Dalam isnad hadis ini ada Sunaid bin Dawud, dan gurunya Yusuf bin
Muhammad. Keduanya daif. Az-Suyuthiy berkata: Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu
Al-As-Suyuthiy berkata: Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Al Jauzi dalam kumpulan
hadis maudhu', dan dia mencacatkan Yusuf bin Muhammad bin Al-Munkadir,
sesungguhnya dia ditinggalkan hadisnya. As-Sindiy berkata: Aku berkata: Abu Zur'ah
mengatakan perihalnya; Shalihul-hadits/shalih hadisnya. Ibnu 'Adiy berkata: Aku
berharap dia itu tidak mengapa (Laa basabih). (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2.
Hadis Nombor 1332).
Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu 'Ash,
bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Solat
yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai
Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur
seperdua malam berdiri (solat) sepertiganya, dan tidur
seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari." (Hadis
Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0589).
Dari Ibnu Abbas katanya: "Pada suatu malam aku pernah bermalam di rumah mak cikku Maimunah
binti Harits yang ketika itu Rasulullah saw juga bermalam di tempatnya. Setelah
buang hajat beliau menuangkan air yang ada didalam qirbah/kantong air, kemudian
beliau berwuduk secara sempurna. Setelah itu beliau tidur.
Di pertengahan malam ketika beliau bangun, maka beliau menuangkan air untuk
berwuduk. Setelah menyempurnakan wuduknya, maka beliau mengerjakan solat.
Didalam sujudnya beliau membaca doa: "Allahummaj'al
fii qlabii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basharii nuuran waj'al
min tahtii nuuran waj'al min fauqi nuuran wa 'an yamiinii nuuran wa'an yasaari
nuuran waj'al ammamii nuuran waj'al khalfii nuuran wa -a' dhimli nuuran/Ya
Allah, jadikan cahaya di hatiku, di pendengaranku, di penglihatanku, di
bawahku, di atasku, di kanan kiriku, di muka dan belakangku dan besarkanlah
bagiku cahaya." Setelah selesai mengerjakan solat malam, maka beliau tidur sebentar hingga dibangunkan oleh Bilal untuk
solat shubuh."' (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1094).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw.
bersabda: "Apabila kamu bangun dari
tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan
lubang hidungmu) tiga kali, kerana syaitan tidur
di dalamnya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0185).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw.
bersabda: "Apabila seseorang kamu
berwuduk, hendaklah ia memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian
menyemburkannya kembali (istinsyaq), dan barangsiapa bersuci dengan batu
(istijmar) , hendaklah dengan bilangan ganjil. Dan apabila seseorang kamu
bangun dari tidur, hendaklah dia membasuh
tangannya lebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam air wuduk, kerana tidak
seorang pun yang tahu di mana tangannya terletak selama ia tidur." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis
Nombor 0118).
Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Pada suatu ketika sedang aku
berbaring bersama Rasulullah saw. dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid.
Kerana itu aku menghindarkan diri diam-diam, lalu aku mengenakan kain
haidku." Beliau bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Ya,
aku haid, ya, Rasulullah." Aku dipanggilnya kembali, lalu tidur-tiduran pula
bersama beliau dalam satu selimut. Selanjutnya Maimunah menceritakan, bahawa
dia pernah mandi jinabah berdua dengan Nabi saw. dalam satu bak mandi." (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0243).
Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. pernah menciumnya dan sama tidur
dengan dia, padahal beliau puasa. Dan beliau adalah orang paling sanggup
menguasai nafsu berahinya." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor
0955).
Dari Al-Musayyab dari Hafshah: Jika hendak tidur
biasanya Rasulullah saw meletakkan tapak kanannya dibawah pipi kanannya dan
beliau sentiasa berpuasa pada hari isnin dan Khamis." (Hadis Sunan
An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2328).
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw," mengerjakan suatu amal ibadat,
biasanya beliau menetapinya. Pernah bila beliau tertidur
atau sakit untuk solat malam, maka beliau ganti siang hari dua belas rakaat.
Kata 'Aisyah, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. solat sepanjang
malam hingga Subuh. Dan beliau tidak pernah puasa sebulan penuh secara
berturut-turut, kecuali bulan Ramadhan." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2.
Hadis Nombor 0721).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan
kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku. Pertama,
puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir." (Hadis Sahih
Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0619).
Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw.
pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril
belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat
itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." Beliau
menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila
anak anjing itu masuk ke sana?" Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak
tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan.
Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan
datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda
tak kunjung tiba." Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam
rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ
ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 1990).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.